BUTTERWORTH: Waris murid Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Jalan Bagan Dalam, dekat sini, memohon pihak pemilik tanah sekolah itu untuk memberikan tempoh selama setahun, bagi memberi ruang kepada mereka bagi menguruskan hal berkaitan perpindahan sekolah anak-anak, setelah sekolah itu ditutup secara rasmi kelak.
Seorang suri rumah Che Su Tahar, 42, berkata meskipun mengetahui tarikh sekolah itu yang sudah beroperasi sejak tahun 1933 akan ditutup pada 28 Feb depan, dirinya mengakui memerlukan masa untuk mencari sekolah yang sesuai buat anak lelakinya yang berusia 8 tahun.
"Dekat sini (Bagan Dalam) memang ada sekolah lain antaranya SK Kuala Perai, SK St Mark dan SK Sungai Nyior, tapi saya sifatkan tidak sama dengan SK Assumption sebab tenaga pengajar yang ada di sekolah ini berkualiti, kebajikan murid memang terjaga, malah prestasi anak juga meningkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan sekolah tersebut, di sini, pada Selasa.
Katanya, meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu, antaranya menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang supaya segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk SK Assumption, dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan, namun pihaknya akur jika pemilik tanah sekolah itu tetap dengan pendirian untuk menutup sekolah berkenaan, mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
"Nak buat macam mana, kita akurlah walaupun berat. Tapi kalau boleh jangan mendadak sangat.
"Sekurang-kurangnya beri peluang kepada waris untuk selesaikan urusan perpindahan sekolah anak-anak untuk tempoh setahun lagi," katanya yang tinggal di Rumah Pangsa Sri Bagan, Jalan Bagan Dalam, di sini.
Sementara itu, seorang jurutera Shahrizan Sickandar, 42, merasakan sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi, dan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
"Dari segi mutu pendidikan sekolah ini dah buktikan. Kawan-kawan saya semua (pernah bersekolah di SK Assumption) terdiri dalam kalangan profesional.
"Anak saya yang kini darjah satu banyak peningkatan, di mana sebelum ni tak banyak bercakap tapi disebabkan fokus guru, anak saya boleh bercakap," katanya.
Seorang lagi suri rumah empat anak Nazirah Mohd Salihu, 43, berharap agar pihak berkaitan perlu meneliti keputusan untuk menutup sekolah tersebut dengan lebih mendalam, demi kesejahteraan kedua-dua belah pihak.
"Kalau nak tutup pun jangan hapuskan nama Assumption. Buat sekolah menengah Assumption (lelaki) pun boleh, sebab kawasan ini tiada sekolah untuk pelajar lelaki," katanya.
Pada 9 Jan lepas, media melaporkan bahawa lesen sekolah berkenaan akan dibatalkan selepas penutupannya, kerana pemilik tanah persendirian Sri Avenue Sdn Bhd telah meminta tanah dan bangunan tersebut dikembalikan kepada pihak mereka, secepat mungkin.
BACA: Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari
Pasukan petugas bersama 'Save Assumption School' telah menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, supaya segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk SK Assumption, dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.
Jurucakapnya, Vernon Fernandez berkata lembaga pengelola sementara yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni Assumption Butterworth dan pemilik tanah, telah dibentuk tahun lepas sebagai platform untuk menyelesaikan isu sekolah dan premis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Waris murid memohon pemilik tanah sekolah itu untuk memberikan tempoh selama setahun bagi memberi ruang menguruskan hal berkaitan perpindahan sekolah anak-anak. - Foto BERNAMA

Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohonan khas RP1 RMK13 - Chow
Antara disenaraikan ialah Projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL1), projek naik taraf jalan raya dan pemasangan paip serta bangunan.

Paus Francis seru hentikan perang, desak pelucutan senjata global
"Seperti pernah saya nyatakan, perang kini kelihatan semakin tidak masuk akal."

Negeri Sembilan giat perkasa industri ternakan, jangka tingkat bekalan daging 15 peratus
Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat memperkasakan industri penternakan bagi meningkatkan SSR daging tempatan menerusi kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan.

Usia muda tidak halang dua sepupu teruskan perusahaan bahulu keluarga
Seorang remaja tekad meneruskan perusahaan kuih bahulu arwah bapanya sejak lebih dua dekad lepas sebaik sahaja tamat persekolahan tingkatan lima awal tahun ini.

SELC 2025 perkasa literasi Bahasa Inggeris seluruh Sarawak
SELC 2025 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Sept depan akan menumpukan kepada perkongsian amalan terbaik untuk meningkatkan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD, jumlah meningkat kepada 10
Kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul.
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.

KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption
KPM memaklumkan ketetapan itu diambil berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun, yang mana pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid 53 orang.

Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.

Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari
Penutupan sekolah yang diasaskan mubaligh pada 1933 dibuat berikutan pemilik tanah sekolah berkenaan meminta dikembalikan semula secepat mungkin.