KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menyediakan garis panduan atau peraturan dalam hal melibatkan kebenaran kepada guru untuk berpolitik bagi mengelak golongan pendidik membawa ideologi politik ke sekolah.
Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Mohd Hanafi Mohd Yasin berpendapat perkara itu perlu bagi mengelakkan tercetusnya suasana tidak sihat sekiranya ideologi berkenaan dibawa ke institusi pendidikan tersebut.
Beliau berkata walaupun keputusan untuk membenarkan penglibatan guru berpolitik wajar dan selari dengan prinsip demokrasi, garis panduan itu perlu disediakan bagi memastikan guru tidak mengabaikan tugas hakiki mereka.
"Sebagai contoh, KPM boleh memperuntukkan masa untuk guru berpolitik, seperti dalam satu minggu hanya beberapa jam guru boleh berpolitik untuk mengelakkan tugas sebagai guru tidak terganggu.
"Kerajaan juga perlu meletakkan 'general order' yang mana ideologi politik tidak boleh dibawa di dalam sekolah...pengetua dan guru besar perlu memantau guru-guru ini. Walaupun mereka juga berpolitik, mereka perlu mematuhi garis panduan disediakan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, kerajaan mengumumkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibenarkan untuk berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan Kabinet bagi menghormati prinsip demokrasi memandangkan sebelum ini golongan berkenaan dilarang untuk berpolitik.
Mengulas lanjut, Mohd Hanafi optimis penglibatan guru dalam politik dapat membuka peluang kepada guru untuk menyumbang idea lebih kreatif dalam hal pembangunan serta memupuk komuniti politik yang sihat memandangkan kebanyakan pendidik di negara ini adalah graduan ijazah yang diiktiraf.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM Dr Anuar Ahmad yang turut menyambut baik keputusan itu berpendapat guru perlu bijak menjaga profesionalisme perguruan.
"Pihak KPM perlu segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi memastikan semua pihak seperti pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa faham implikasi kebenaran berpolitik dalam kalangan guru kepada pendidikan anak-anak mereka," katanya.
Anuar berkata agensi berkaitan perkhidmatan awam juga perlu menambah baik garis panduan termasuklah melakukan semakan kepada dokumen Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata Tertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] sebagai panduan kepada guru yang ingin terlibat aktif dalam politik.
Bagi seorang guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Agama Jawahir Al-Ulum, Batu Pahat, Johor, Nor Azman Mat Tayab, 34, berpendapat keputusan membenarkan guru untuk terlibat dalam politik merupakan berita baik bagi mereka selain dapat memenuhi hak asasi seorang guru untuk lebih bebas bersuara.
"Berdasarkan pengalaman saya dari zaman universiti lagi ada beberapa kawan saya meminati politik tetapi terbatas dan saya dengar sendiri rakan-rakan saya menyambut keputusan ini sebagai berita gembira," katanya ketika dihubungi.
Namun, berbeza pula bagi Tey Ah Ho, 55, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor, apabila beliau memaklumkan kerisauannya terhadap prejudis apabila guru terlibat dalam arena politik.
Jelasnya, setiap guru perlu berlaku adil kepada murid-murid selain berfikiran rasional dan profesional walaupun berbeza parti politik antara ibu bapa dan pendidik kerana pelajar berhak mendapat pendidikan terbaik di sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

Mohd Hanafi berpendapat perkara itu perlu bagi mengelakkan tercetusnya suasana tidak sihat sekiranya ideologi berkenaan dibawa ke institusi pendidikan tersebut. - Gambar hiasan/ Bernama
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Guru Kemas berpolitik amalan lama, tidak timbul masalah
Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

KPM disaran sedia garis panduan elak guru bawa ideologi politik ke sekolah
Garis panduan itu perlu disediakan bagi memastikan guru tidak mengabaikan tugas hakiki mereka.

Guru berpolitik: 'Jangan sampai ganggu tugas hakiki' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) agar tidak mengabaikan tugas hakiki.

Kebenaran guru berpolitik: NUTP harap tiada syarat tersembunyi dalam pekeliling
Syarat tersembunyi dimaksudkan adalah yang boleh mendatangkan masalah kepada guru yang aktif berpolitik.