BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) agar tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai pendidik walaupun diberi kebenaran untuk berpolitik.
Beliau berkata perincian mengenai kebenaran berpolitik itu akan dikeluarkan pihak terlibat seperti Kemas, dan akan dirujuk bagi persetujuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum dijadikan panduan kepada golongan itu.
"Kita kena tunggu perincian ini, yang akan menentukan sejauh mana had yang dibenarkan (untuk berpolitik)... seperti adakah mereka boleh memegang jawatan dalam parti, tiada larangan untuk menghadiri program politik dan tidak akan dikenakan tindakan seperti sebelum ini.
"Kita beri kebenaran ini sebagai menghormati amalan demokrasi, dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga bersetuju dengan kebenaran itu. Namun sekalipun dibenarkan, jangan sampai ia menjejaskan kerja hakiki," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama kakitangan Kemas daerah Bera di Pejabat Kemas Bera di sini hari ini.
Mengenai jangkaan bila perincian itu dapat diumumkan, Ismail Sabri berpandangan ia tidak akan mengambil masa lama memandangkan garis panduan kebenaran berpolitik kepada golongan pendidik sudah ada sebelum ini, iaitu sebelum kebenaran itu disekat semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
"Sekarang pihak terlibat kena lihat semula apa yang telah digariskan dan mungkin lakukan penambahbaikan yang diperlukan. Ini juga kita serahkan kepada Kemas," katanya.
Semalam, Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas menghadiri pertemuan tertutup bersama Biro Politik UMNO Kelantan mengumumkan kebenaran berpolitik kepada guru dan kakitangan Kemas, yang sekali gus menyebabkan pekeliling yang menyekat golongan pendidik daripada berbuat demikian sebelum ini, tidak lagi terpakai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

Ismail Sabri menghadiri perjumpaan tertutup bersama kakitangan Kemas daerah Bera di Pejabat Kemas Bera di sini hari ini. - Gambar/ Bernama

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.

Guru Kemas berpolitik amalan lama, tidak timbul masalah
Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

KPM disaran sedia garis panduan elak guru bawa ideologi politik ke sekolah
Garis panduan itu perlu disediakan bagi memastikan guru tidak mengabaikan tugas hakiki mereka.

Guru berpolitik: 'Jangan sampai ganggu tugas hakiki' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) agar tidak mengabaikan tugas hakiki.

Kebenaran guru berpolitik: NUTP harap tiada syarat tersembunyi dalam pekeliling
Syarat tersembunyi dimaksudkan adalah yang boleh mendatangkan masalah kepada guru yang aktif berpolitik.