KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata ia adalah komitmen kementerian untuk memastikan tiada anak-anak yang tercicir pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
"Ketika ini, berdasarkan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 hanya setakat Darjah 6 sahaja. Tetapi (menerusi) komitmen KPM, kita telah panjangkan dan sebar luaskan (perkara ini)," katanya pada sesi soal jawab lisan.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk R. Nelson yang ingin tahu bilakah KPM akan mewajibkan pelajaran di peringkat sekolah menengah untuk memastikan pelajar tidak tercicir selepas tamat sekolah rendah.
Akta Pendidikan 1996 melalui Seksyen 29A(2) mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun dan sekiranya gagal, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Fadhlina berkata ketika ini KPM telah mengambil pendekatan untuk menangani perkara itu dengan mengadakan program Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11.
Beliau berkata program K9 adalah untuk memastikan anak-anak tidak tercicir daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 3, manakala K11 akan memastikan anak-anak akan terus berada di sekolah daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Fadhlina berkata ia adalah komitmen kementerian untuk memastikan tiada anak-anak yang tercicir pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. - Gambar/ Bernama
Iraq akan hantar tentera Syria rejim Assad pulang ke tanah air
Lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember.
Persidangan DUN Selangor dijadual bermula 18 Feb - Speaker
Persidangan Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor bagi penggal akan datang dijadualkan berlangsung bermula 18 Feb 2025.
Dua pemancing ditemui selamat selepas dilapor hilang pada Selasa
Kedua-dua mereka dijumpai bersama jet ski terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong pada 3.45 petang.
Keadaan hidup di Gaza musnah akibat serangan dan sekatan berulang - Laporan
Penduduk di Gaza bergelut untuk bertahan dalam keadaan apokaliptik; tetapi tiada tempat yang selamat, tiada siapa yang terkecuali dan tiada jalan keluar.
Suri rumah diperdaya serah barang kemas, rugi lebih RM16,000
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM16,857 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis, kononnya untuk menyerahkan barang kemas bagi tujuan siasatan, semalam.
Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok
Seorang guru taska yang direman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, esok.
AWANI Ringkas: Anak lelaki 'Abuya', isteri didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th Dec 2024
#AWANITonight with Cynthia Ng
- Rosmah acquitted in money laundering case, AGC to appeal
- France: 51 men, including husband, found guilty in mass rape of Gisele Pelicot
#AWANIEnglish #AWANINews
- Rosmah acquitted in money laundering case, AGC to appeal
- France: 51 men, including husband, found guilty in mass rape of Gisele Pelicot
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt assessing France, Australia’s social media laws for kids
The government is assessing social media laws for children in Australia and France before deciding on the possibility to implement similar laws in Malaysia.
AWANI Tonight: Dominique Pelicot found guilty in French mass rape trial
A French court sentenced Dominique Pelicot to 20 years in jail after he was found guilty for repeatedly drugging and recruiting 50 other men to rape his ex-wife Gisele for nearly a decade.
Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.
1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan yang dijalankan sejak September lalu mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.