Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik.
Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar, pasukan tersebut akan ditubuhkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang turut akan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan beberapa jabatan berkaitan.
"Saya telah pun meminta Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, K. N. Jayaselan untuk menubukan satu task force secara NBOS bersama wakil daripada PDRM dan KPDNKK, dan juga jabatan-jabatan berkaitan supaya jawatankuasa ini dapat menyiasat dakwaan (penipuan) ini," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Selain itu, beliau juga meminta pihak yang mendakwa telah tertipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu tersebut, untuk tampil memberi maklumat.
"Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat.
"Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan," katanya.
Tambah Noh, dari segi tindakan, pasukan khas itu akan melihat kepada dua aspek iaitu aspek jenayah dan juga saman sivil.
"KPKT memandang serius perkara ini dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan di mana akhirnya akan merugikan rakyat," tegasnya.
Noh mengulas tentang dakwaan di media sosial bahawa terdapat syarikat-syarikat tertentu yang membuat penipuan melibatkan rumah-rumah mampu milik.
Jelasnya, syarikat-syarikat tersebut kebanyakannya tidak berdaftar dan tidak mendapat kelulusan daripada KPKT, serta bergerak sebagai kontraktor dan bukannya pemaju perumahan.
Astro Awani
Mon Sep 25 2017

NOH: KPKT memandang serius perkara ini dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan di mana akhirnya akan merugikan rakyat.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jabatan Perumahan disaran tingkat operasi jejak pihak sewakan rumah PPR
Mohd Syahbuddin berkata tindakan keras perlu dikenakan terhadap penyewa berkenaan, termasuk membatalkan kontrak menduduki PPR.

KPKT tubuh pasukan khas siasat penipuan rumah mampu milik
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam penjualan rumah mampu milik.