MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM83.66 juta kepada Melaka untuk merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.
Menterinya Nga Kor Ming berkata peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) iaitu RM22.31 juta.
"Ini duit rakyat dan kita perlu hargai dan perlu belajar bersyukur kerana rakyat Malaysia rajin membayar cukai. Jika tidak, kita tidak mampu memberi peruntukan yang sebegitu besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Medan Selera Sultan Muhammad di Batu Berendam sempena program Sentuhan Kasih KPKT yang turut dihadiri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin.
Beliau berkata antara projek baharu yang menerima peruntukan itu ialah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Katil (RM15.5 juta), tiga projek pembangunan Kampung Baru Cina (RM4.55 juta), dua projek Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelengaraan Perumahan Malaysia (RM7.5 juta) dan Projek Naik Taraf Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu (RM500,000).
Turut mendapat impak dari peruntukan itu Projek Pasar Jasin (RM3.5 juta), Projek Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (RM8 juta), Projek Naik Taraf Taman Awam dan Pembangunan Persekitaran Kehidupan Negeri Melaka (RM1.5 juta), Projek Pembinaan Sel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang (RM3 juta) dan dua projek Program Baik Pulih Rumah dan Bina Baharu di Bandar (RM3.75 juta) serta Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (RM1 juta)
Sementara itu, projek sambungan Program Perumahan Rakyat Pulau Gadong pula akan menerima peruntukan sebanyak RM12.55 juta.
"Saya ingin tegaskan semua projek yang dinyatakan akan bermula hari ini dan wajib siap pada hujung tahun ini.
"Pada 31 Dis akan datang ini, pegawai dari KPKT sendiri akan turun padang dan memeriksa sama ada semua kerja yang dilakukan memuaskan atau tidak.
"Ini kerana saya percaya kepuasan rakyat menjadi kebanggaan semua yang berada di bawah KPKT dan saya juga berharap pihak yang menerima peruntukan itu wajib mematuhi Cost Benefit Analysis kerana kita akan memantau ketat bagaimana peruntukan ini digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Kor Ming (tengah) singgah menyantun kanak-kanak di perumahan rakyat pada lawatan kerja ke Projek Penyelenggaraan Unit Lif di Perumahan Rakyat (PPR) Tehel hari ini. -Bernama
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
Parkir bertingkat akan dibina berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis
Pembinaan parkir tujuh tingkat itu mendapat kelulusan KPKT dengan pembinaannya akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada 2026.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.