IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di sini, yang bakal menempatkan 214 peniaga.
Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata pembinaan semula pasar yang dijangka siap pada 2027 itu, bukan sahaja menjana pendapatan ekonomi komuniti malah berpotensi menjadi tarikan pelancongan.
"Hari ini saya mengumumkan peruntukan RM14 juta untuk Majlis Bandaraya Ipoh melaksanakan pembinaan pasar lima bintang ini dan saya yakin ia akan menjadi kebanggaan seluruh warga Ipoh.
"Pasar ini mempunyai beberapa ciri pasar baru di mana ia merupakan pasar dengan bangunan hijau pertama yang mempunyai indeks bangunan hijau, bangunan mesra dan lestari alam," kataya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Tapak Sementara Pasar Pasir Pinji di sini hari ini.
Nga berkata setakat ini pemilihan reka bentuk bagi pasar berkenaan telah pun siap dan projek pembinaan akan mula dilaksanakan selepas proses pemilihan tender tamat 4 Ogos ini.
"Ada cara pemikiran baru, ada model baru infrastruktur awam di negara kita...dan kini kita menyasarkan untuk membina semula pasar Menglembu dan Buntong, keduanya ada sejarah lebih 50 tahun dan jika keduanya boleh disiapkan, saya percaya Ipoh akan menjadi bandar raya dengan pasar yang paling menarik di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Nga berkata KPKT menyasarkan dalam tempoh sepuluh tahun, lebih 50,000 projek infrastruktur awam mampu disiapkan sepenuhnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
"Waktu itu kita lihat Malaysia akan mempunyai landskap yang baru dengan pasar, tandas, longkang, jalan, lampu semua akan nampak penambahbaikan yang ketara," katanya.
Terdahulu tapak sementara Pasar Pasir Pinji telah mula dibina pada 5 Sept 2023 dengan peruntukan RM1.48 juta di atas tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang merupakan lokasi sementara bagi peniaga sebelum pasar sebenar siap pada tahun 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (empat, kanan) hadir merasmikan Tapak Sementara Pasar Pasir Pinji hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.

KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.

Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.

KPKT peruntuk RM14 juta bina semula Pasar Pasir Pinji Ipoh
KPKT menyalurkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di Ipoh, yang bakal menempatkan 214 peniaga.

KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.

KPKT peruntuk RM500,000 naik taraf Gerbang Malam di Ipoh - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf pasar Gerbang Malam yang terletak di Jalan Dato Tahwil Azar.

KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.

JBPM kini miliki kekuatan hampir 30,000 pegawai, anggota - Reezal Merican
Jumlah itu terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap, lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.

KPKT bangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik
Indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.