KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang membangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik bagi setiap lokaliti di seluruh negara sebagai panduan kepada pemaju, bakal pembeli dan pihak berkuasa tempatan dalam menentukan harga rumah mampu milik sewajarnya di sesuatu kawasan atau lokaliti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.
"Sebagai contoh, mampu milik di Shah Alam mungkin tidak sama dengan mampu milik di Hulu Selangor. Oleh sebab itu, kita kena adakan satu piawaian yang berbeza untuk dijadikan garis panduan kepada entiti dan pemaju perumahan bagi membangunkan atau pembinaan rumah mampu milik ," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Mid Valley Exhibition Centre di sini hari ini.
Kedua-dua program itu adalah antara inisiatif kerajaan untuk memudahkan pemilikan kediaman khususnya kepada golongan B40, M40 dan generasi muda.
"Setiap Keluarga Malaysia perlu dan harus dibantu untuk memiliki rumah. Ini matlamat kita bersama - Satu Keluarga Satu Rumah," katanya.
Reezal turut memaklumkan Karnival Jom Beli Rumah yang diadakan hari ini akan diperluaskan pelaksanaanya di seluruh negara dan lebih 130,000 rumah mampu milik serta lebih 330,000 kediaman pada harga bebas ditawarkan dalam siri jelajah karnival itu kelak.
"Ia (Karnival Jom Beli Rumah) tidak akan terhenti di Mid Valley ini sahaja, malah akan dibawa menemui Keluarga Malaysia di Utara, Pantai Timur, Selatan hingga Wilayah Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata tawaran istimewa termasuk potongan harga rumah sehingga 10 peratus, pengurangan atau pengecualian bayaran guaman serta kemudahan untuk membuat bayaran 10 peratus deposit daripada harga rumah secara ansuran turut menanti pengunjung.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 368,000 unit daripada 500,000 unit rumah yang disasarkan dibina sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) sedang dalam peringkat pelaksanaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza. - Foto BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.