HONG KONG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini di peringkat akhir menyediakan draf Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) Malaysia yang pertama, dijangka dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kata menterinya Nga Kor Ming.
Beliau berkata sehingga peringkat ini, kementeriannya telah mengadakan banyak sesi dialog awam dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan negeri lain.
"Melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), kita telah menyiapkan garis panduan utama pembangunan semula bandar bagi Malaysia dan ia telah diluluskan oleh Kabinet pada 2023.
"KPKT bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi terutamanya bahagian penyediaan draf dari jabatan Peguam Negara untuk menyediakan undang-undang tersebut," katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama dan The Edge semasa Lawatan Pengkaji Asia Hartanah (AREL) di Hong Kong dan Shenzhen, Edisi China.
Lawatan tersebut dianjurkan oleh Institut Rehda, bahagian penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia dengan lebih 50 wakil melawat pelbagai tapak unik, merangkumi pembangunan semula bandar dan dasar perumahan awam serta undang-undang strata.
Delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, bankir, dan pihak berkuasa kerajaan.
Sementara itu, Nga berkata apabila Akta tersebut diluluskan Parlimen, ia akan mencipta peluang berganda dan peluang pelaburan yang melimpah untuk mengubah landskap bandar serta menghasilkan nilai pembangunan kasar (GDV) yang mencecah berbilion ringgit.
Selain itu, kebakaran yang melibatkan nilai kerugian RM2.62 bilion yang direkodkan tahun lalu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) antaranya adalah disebabkan masalah pendawaian rumah yang dapat dielakkan, katanya.
Perancangan dan pembangunan bandar adalah agenda ekonomi dan sosial penting bagi Malaysia, terutamanya dengan kadar urbanisasi semasa pada 78 peratus, yang dijangka akan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040.
Di Kuala Lumpur, Nga berkata jika tiada inisiatif dilakukan, banyak kawasan kurang membangun yang mungkin berpotensi wujud 20 tahun lagi boleh menyebabkan banyak perumahan strata buruk, usang dan tidak layak didiami di Kuala Lumpur terutamanya di Pandan Indah, Sentul dan di Petaling Jaya, Selangor.
"DBKL telah mengenal pasti 139 tapak berpotensi yang merangkumi kira-kira 1,372 ekar (555.22 hektar) tanah dalam bidang kuasa DBKL yang sesuai untuk pembangunan semula.
"Pembangunan semula bandar akan merangkumi empat ruang lingkup, pertama iaitu pembangunan semula bandar bermaksud anda merobohkan, kemudian anda membina semula, kedua ialah pemulihan bandar dan ketiga penyegaran semula bandar.
"Dan terakhir, pemuliharaan bandar dengan bangunan warisan negara bukan sahaja kita tidak boleh merobohkannya, tetapi ia juga harus dikekalkan," katanya.
Beliau memberikan contoh pasar tertua, Pasar Taiping yang merupakan pasar awam pertama di Tanah Melayu dibina pada 1874, kini sedang melalui pemuliharaan semula secara besar-besaran dan dijangka siap Oktober nanti.
"Proses pemulihan itu sangat sukar...ia kini sedang dibina semula menggunakan bahan binaan yang sama seperti kayu dan warna bagi mengekalkan bentuk warisan dan suasana pasar yang asal untuk memberi lebih nilai sejarah selain menarik pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Nga berkata apabila Akta tersebut diluluskan Parlimen, ia akan mencipta peluang berganda dan peluang pelaburan yang melimpah untuk mengubah landskap bandar. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MNKT setuju gubal Akta Pembaharuan Semula Bandar
Nga berkata akta itu perlu digubal bagi menangani risiko keusangan dan kemerosotan kawasan bandar.

KPKT di peringkat akhir siapkan draf Akta Pembangunan Semula Bandar
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini di peringkat akhir menyediakan draf Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) Malaysia.