KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Tanaman Bawang yang akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun ini hingga 2030 dijangka dapat mengurangkan import bawang negara sebanyak 30 peratus, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurutnya, program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030.
Fasa prakomersial katanya, bertujuan menerokai potensi penanaman bawang kecil di Malaysia dengan 70 tan metrik benih bebawang kecil dan 230 kilogram (kg) biji benih bawang kecil akan dibekalkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Menurutnya, kawasan penanaman bawang seluas 100 hektar akan dibangunkan dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak lima tan metrik per hektar dalam fasa prakomersial itu.
"Penanaman bawang ini boleh dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Dijangkakan pengeluaran bawang bagi fasa (prakomersial) ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta perincian usaha-usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata fasa komersial program itu pula akan melibatkan pembangunan kawasan seluas 1,347 hektar dan dijangka menghasilkan sebanyak 14,470 tan metrik bawang.
Beliau berkata program berkenaan hanya akan melibatkan tanaman bawang kecil kerana MARDI masih belum menjumpai varieti bawang besar dan bawang putih yang sesuai untuk ditanam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (11 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemimpin de facto Syria ikrar berkecuali dalam hal ehwal Lubnan
Pemimpin de facto Syria Ahmed al-Sharaa berikrar untuk bersikap berkecuali dalam hal ehwal Lubnan semasa sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati yang sedang melawat
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan OIC dalam satu kenyataan turut mengecam tindakan provokatif Israel untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki, dan seruan pegawai Israel supaya memperhebatkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza.
PM Jepun bertemu Prabowo, perkukuh hubungan pertahanan
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan dan ekonomi.
11 kematian, 12 ribu struktur musnah
11 kematian disahkan dari kebakaran besar yang melanda California setakat Jumaat dengan 12,000 struktur harta benda musnah. Dalam kemas kini terbaharu laporan Los Angeles Times, pihak berkuasa di negeri itu masih mengekalkan amaran merah di kebanyakan kawasan dengan lebih 150,000 penduduknya berada dalam perintah pemindahan mandatori.
Tidak tahan dibuli, wanita serang penuntut guna tukul
Polis Jepun berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam serangan tukul di Universiti Tokyo pada Jumaat, yang mana insiden itu mencederakan beberapa individu. Suspek yang baru berusia 22 tahun itu dikenal pasti mahasiswi dari Korea Selatan berjaya ditahan serta merta di lokasi kejadian.
KPKM laksana program kurangkan kebergantungan bawang import
Program berkenaan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa prakomersial bermula tahun ini hingga tahun hadapan dan fasa komersial pada 2026 hingga 2030.