KUALA KANGSAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat memperluas tanaman durian hibrid MDUR 88 sebagai usaha meningkatkan pengeluaran durian untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, varieti durian MDUR 88 yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerima permintaan yang tinggi daripada penggemar raja buah itu setanding dengan durian jenis Musang King.
"Kita mahu memperluas lagi tanaman durian MDUR 88 di negara ini kerana pengeluarannya masih belum mencukupi untuk menampung permintaan dalam negara sebelum kita mengeksportnya.
"Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar menerima ramai pengunjung dari luar seperti China, Thailand, Kazakhstan dan mereka (pengunjung) boleh menerima varieti durian MDUR 88 ini. Jadi, kita yakin (durian MDUR 88) boleh ke pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Duriotourism@Mardi Kuala Kangsar yang turut dihadiri Pengarah MARDI Perak, Zaiha Zeeti Mohamad Yusob, di sini, pada Ahad.
Arthur berkata, durian MDUR 88 mempunyai keenakan tersendiri kerana mempunyai tekstur yang halus selain rasa lemak manis membuatkan ia disukai kebanyakan pengunjung.
"Pada pendapat saya, durian MDUR 88 adalah durian paling sedap yang pernah dimakan dan harganya sangat berpatutan di pasaran," katanya.
MDUR 88 merupakan klon durian hibrid yang telah dibangunkan oleh MARDI iaitu hasil kacukan antara induk D10 dengan D24 dan pertama kali diisytiharkan pada 1991. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Arthur Joseph Kurup (kanan) menunjukkan durian MDUR 88 ketika mengadakan lawatan ke Duriotourism Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Kangsar. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KPKM hasrat tingkat pengeluaran tanaman durian MDUR 88
KPKM berhasrat memperluas tanaman durian hibrid MDUR 88 sebagai usaha meningkatkan pengeluaran durian untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.