GEORGE TOWN: Usaha meningkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tahun ini.
Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pelbagai geran, dana dan latihan ditawarkan oleh pihak kementerian serta agensinya dalam usaha meremajakan sektor berkenaan.
"KPKM menyediakan bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) bagi individu berumur 18 hingga 40 tahun dan telah memanfaatkan 8,403 orang di seluruh negara dari 2016 hingga 2022 dengan nilai kelulusan berjumlah RM151.75 juta.
"Selain itu, 146 pusat agropelancongan yang berdaftar di bawah bimbingan jabatan dan agensi KPKM juga diberikan bantuan Geran Agropelancongan dengan nilai RM22.13 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di sini pada Sabtu.
Katanya galakan berterusan dan bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur mahupun latihan kepada belia bagi menceburi bidang agrokeusahawanan berupaya mentransformasi sektor ini kepada pertanian moden sekali gus mampu melipatgandakan tahap pengeluaran makanan tempatan.
Mohamad berkata Jelajah Agrotourism dan Agroyouth juga merupakan antara inisiatif kerajaan bagi menarik minat golongan belia untuk berkecimpung dalam sektor agromakanan dan pertanian pintar.
Sebelum ini, jelajah sama dianjurkan di Pasir Gudang, Johor pada 2 hingga 4 Dis lepas yang mencatatkan kehadiran 17,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM336,000 dan di Shah Alam, Selangor pada 3- 5 Feb, dengan 18,000 pengunjung serta jumlah jualan sebanyak RM341,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Usaha meningkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tahun ini. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KPKM laksana analisis impak peraturan penubuhan LPKNDM - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM).
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Projek mega sektor pertanian bakal merevolusi industri padi dan beras - Bernas
Peruntukan RM5 bilion bagi usaha mentransformasi sektor pertanian bakal merevolusi serta merancakkan lagi industri padi dan beras negara dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
KPKM laksana langkah bantu tingkatkan pendapatan negara - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan beberapa langkah dalam membantu meningkatkan pendapatan negara susulan jangkaan peningkatan terhadap perbelanjaan kerajaan.
Kemarau jejaskan hasil padi Kelantan tahun ini - Mohamad
Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di kawasan Meragang, bahagian utara negeri itu.