KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memberi tumpuan terhadap menggalakkan pembangunan industri hiliran berasaskan lada keluaran tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kementeriannya juga akan berusaha untuk menghasilkan pengeluaran lada yang berkualiti tinggi bagi pasaran antarabangsa.
"Lada Malaysia adalah premium dan lebih baik dari segi mutunya, yang mana permintaan dari negara Eropah lebih menumpukan kepada lada kita. Kita juga dapat penawaran harga yang lebih tinggi khususnya dari negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Sweden.
"Untuk itu kita menggalakkan pembangunan industri hiliran lada bukan sahaja sebagai rempah untuk makanan, tetapi sekarang dapat dipelbagaikan kepada minyak wangi, teh dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.
Fadillah berkata Malaysia kini berada di tempat kedua dari segi jumlah produk hiliran lada yang dihasilkan iaitu sebanyak 10 produk, berbanding India yang mempunyai kira-kira 40 produk hiliran berasaskan lada.
Dari sudut pengeluaran lada, beliau berkata KPK sedang bekerjasama dengan pihak universiti dan pemain industri bagi meningkatkan pengeluaran lada tempatan memandangkan jumlah pekebun kecil semakin berkurangan.
"Kita juga menggunakan pertanian pintar dan internet pelbagai benda (IoT) untuk 'precision farming' dan kita telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hasil rintis awal menunjukkan kesan yang agak baik.
"Jika ini berjaya kita akan sebarkan ke seluruh negara dan ia dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran lada dan akhirnya kita akan mengeluarkan produk yang lebih baik lagi," tambah beliau.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Fadillah berkata Malaysia kini berada di tempat kedua dari segi jumlah produk hiliran lada yang dihasilkan iaitu sebanyak 10 produk, berbanding India yang mempunyai kira-kira 40 produk hiliran berasaskan lada. - Gambar fail BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.

KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.

Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang teliti pertindihan tugas, peranan agensi
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang meneliti peranan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sama ada wujud pertindihan tugas dan peranan.

Usaha semula ladang tidak ditoreh untuk tingkat hasil getah negara - Johari
Ia penting bagi memperkasakan semula industri getah negara sekali gus mengurangkan import getah yang mencecah hampir RM6 bilion.

Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

Harga minyak sawit tidak kompetitif jika WPL tidak disemak semula - Johari Ghani
Harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding dengan negara-negara pengeluar lain jika levi keuntungan luar biasa (WPL) terhadap minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.

Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.

Model konsolidasi, kluster berpusat tangani kekurangan pekerja industri getah
Strategi dilaksanakan KPK turut melibatkan beberapa agensi pelaksana lain, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam rantaian bekalan.

KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.

Kerajaan setuju benarkan sektor perladangan ambil pekerja asing
Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.