BANTING: Sektor perladangan digesa agar tidak melakukan penebangan hutan baharu untuk penanaman sawit sebaliknya menambah baik penggunaan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia merupakan antara tiga perkara utama yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi taklimat tertutup bersama pengurusan tertinggi Sime Darby Plantation (SDP) Berhad sempena lawatan kerja beliau ke tapak operasi syarikat konglomerat itu di Pulau Carey, dekat sini, semalam.
Johari berkata perladangan adalah antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat sektor tersebut memenuhi beberapa aspek termasuk meningkatkan penggunaan teknologi.
"Perdana Menteri kata kita tidak mahu penebangan hutan berlarutan sebaliknya kekal dengan apa yang ada tetapi dalam masa sama kita mahu meningkatkan hasil dan antara caranya adalah dengan penggunaan teknologi," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat tersebut yang turut disertai Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Johari berkata peningkatan penggunaan teknologi bukan sahaja dapat meningkatkan hasil sawit tetapi turut membantu dalam usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata cuma apabila kerja-kerja 3D (kotor, bahaya dan sukar) sahaja akan menggunakan khidmat mereka (buruh asing)," katanya.
Selain itu, katanya, Anwar turut menggesa sektor perladangan mengguna pakai teknologi yang dihasilkan syarikat pemula niaga tempatan bagi menyokong perkembangan syarikat berkenaan.
Menurutnya, Perdana Menteri juga berharap agar syarikat pemula niaga dapat memperkenalkan teknologi mereka yang telah berjaya dihasilkan bagi memastikan ia dapat dijual kepada pemain industri perladangan.
Sementara itu, Johari berkata, pemain industri perladangan perlu mencontohi SDP yang berjaya membangun dan mengguna pakai teknologi mesin baharu dalam sektor sawit.
Beliau berkata penggunaan teknologi yang diguna pakai SDP berjaya memperluaskan skop kerja di ladang kepada 12.5 hektar bagi seorang pekerja berbanding lapan hektar bagi seorang pekerja sebelum ini.
Menurutnya, beliau juga sedia mempertimbang untuk memastikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengguna pakai sebahagian teknologi yang digunakan oleh SDP dalam operasi harian lembaga itu.
"Kemudian kita akan perkenalkan kepada semua pemain industri kepala sawit untuk mereka tengok dan buat serta guna pakai teknologi seperti digunakan SDP ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Anwar melawat tapak pameran sempena lawatan kerja ke tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam. Turut hadir, Johari (tiga, kanan). -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kajian Situasi Buruh Sektor Perladangan Malaysia diserah kepada Jabatan Buruh AS
Kajian mengenai Situasi Buruh di Sektor Perladangan telah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (DOL) dalam masa terdekat.