TAHUN baru 2019 akan menjelang tiba. Sudah pasti semua pengurusan organisasi dan tempat kerja khususnya pihak majikan kini sedang sibuk merangka sasaran kerja masing-masing melalui sistem Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI) bagi memenuhi sasaran kerja sepanjang tahun 2019 yang akan datang. KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan dapat membantu sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan di tempat kerja.
Penggunaan KPI adalah penting pada masa kini. Banyak organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam negara kita sudah pun mula mengamalkan penggunaan KPI berkenaan dalam merangka perjalanan rancangan, aktiviti serta program yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa tertentu. Buat sekian lama, pihak kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk - petunjuk prestasi utama (KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi atau tempat kerja perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan atau golongan sasar dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi atau tempat kerja secara keseluruhannya. Penggunaan KPI di sektor awam ini kemudiannya telah diterimapakai di kebanyakan organisasi dan tempat kerja di sektor swasta kerana manfaat yang dibawa melalui penggunaannya khusus dalam merangka aspek perjalanan pekerjaan serta aspek penilaian tahap keuntungan yang ingin diperolehi.
Secara umumnya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi sesebuah organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju sesebuah organisasi atau tempat kerja, memberi tumpuan terhadap bidang - bidang utama kepada pihak berkepentingan serta menilai tahap prestasi yang telah disasarkan. Walaupun penggunaan KPI dilihat dapat membantu perjalanan sesebuah organisasi atau tempat kerja dalam merangka segala bentuk aktiviti dan program yang dirancangkan, KPI berkenaan haruslah dirangka dengan professional dan bijak mengikut realiti dan kesesuaian sesebuah organisasi atau tempat kerja yang terlibat.
Dalam ayat pendek, KPI terbabit perlulah dirangka secara realistik atau berpijak di bumi yang nyata.
Tidak dapat dinafikan setiap organisasi atau tempat kerja mempunyai objektif serta matlamat yang berbeza. Jika KPI yang dirangka tidak menepati keadaan atau suasana organisasi atau tempat kerja ia dikhuatiri akan melahirkan persekitaran pekerjaan yang dipenuhi dengan tekanan dan stres.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum merangka sesebuah KPI yang realistik seperti dengan mengambil kira faktor jumlah tenaga pekerja serta pakar yang dimiliki dan mengambil kira faktor dana atau modal kewangan yang ada oleh pihak organisasi atau tempat kerja yang terlibat. Kesemua faktor yang dinyatakan berkenaan adalah penting untuk diambil kira oleh pihak pengurusan sebelum merangka sesebuah KPI untuk dilaksanakan setiap tahun.
Setiap organisasi atau tempat kerja tidak boleh menerimapakai KPI dari organisasi atau tempat kerja yang lain untuk dilaksanakan di tempat mereka atas faktor perbezaan faktor-faktor seperti yang telah dinyatakan di atas.
Sebarang perlaksanaan KPI yang tidak realistik perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan kewujudan tekanan atau masalah stres di kalangan para pekerja organisasi yang terlibat.
Jika tiada langkah proaktif atau pencegahan diambil di peringkat awal bagi mengatasi masalah tekanan atau stres yang berlaku berkenaan, pelbagai kesan atau impak negatif yang boleh berlaku terutamanya dari sudut kesihatan pekerja seperti darah tinggi, kemurungan, tekanan perasaan, masalah jantung, serta kematian. Tekanan dan stres yang berlaku juga boleh menjejaskan kehidupan peribadi pekerja yang terlibat. Tekanan dan stres yang berlaku juga boleh menjejaskan produktiviti seseorang individu itu serta memberi impak terhadap produktiviti dan hasil keuntungan sesebuah organisasi atau tempat kerja. Tekanan yang gagal dikendali dengan baik akibat daripada perlaksanaan KPI yang tidak realistik itu juga akan menjejaskan reputasi sesebuah organisasi atau tempat kerja berkenaan buat tempoh jangka masa panjang. Akhirnya semua pihak akan menerima impak akibat kegagalan mereka membendung isu tekanan yang berlaku akibat daripada perlaksanaan KPI yang tidak realistik serta mustahil untuk dipenuhi terbabit.
Tidak dapat dinafikan kepentingan penggunaan KPI pada masa kini. Penggunaan KPI merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak - pihak berkepentingan. Melalui penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Namun dalam melaksanakan penggunaan KPI, ia haruslah dirangka dengan bijak dengan mengambilkira pelbagai faktor sekeliling supaya KPI yang dirangka dapat dipenuhi dan dicapai.
Muzaffar Syah Mallow
Wed Dec 26 2018

Jika KPI yang dirangka tidak menepati keadaan atau suasana organisasi atau tempat kerja ia dikhuatiri akan melahirkan persekitaran pekerjaan yang dipenuhi dengan tekanan dan stres. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pengenalan CPI dalam KPI memupuk ketelusan - Lam Thye
Ia akan mengalih fokus utama daripada membuat lebih banyak kerja kepada isu meraih kepercayaan orang awam dan tingkah laku beretika.

KKDW pantau KPI 100 syarikat, agensi - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian itu.

100 syarikat, agensi di bawah KKDW dipantau, akan tukar kepimpinan jika prestasi merosot - TPM
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang memantau petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sekurang-kurangnya 100 syarikat dan anak syarikatnya.

Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas
Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang warga emas.

GV10: 'Dia keluar seorang, control satu pentas' - Ramli MS jawab jadikan Naqiu sebagai KPI
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.

KPT letakkan KPI bagi universiti yang bekerjasama dengan TDA
KPI berkenaan bertujuan memastikan kementerian mengetahui hasil penyelidikan universiti sebelum ia dikembangkan secara menyeluruh.

SAMB perlu RM700 juta ganti lebih 1,000 kilometer paip usang
Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) memerlukan kira-kira RM700 juta bagi melaksanakan penggantian paip usang sepanjang kira-kira 1,170 kilometer di negeri itu.

Melaka tetapkan KPI tahap kebersihan
Kerajaan Negeri Melaka akan menetapkan KPI kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri.