Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Deepavali yang disambut 29 Okt ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov.
"Barangan itu merangkumi ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, daging kambing tempatan bertulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, daging paha kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang.
"Tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, ubi kentang (China) dan kacang dal (Australia)," katanya pada sidang media bagi mengumumkan senarai barangan itu di sini, Jumaat.
Beliau berkata harga berkenaan ditetapkan berdasarkan pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang 2015, pandangan pelbagai agensi kerajaan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan itu.
Skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntuk denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu serta denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan.
Hamzah berkata individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 manakala bagi syarikat didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
"Berikutan itu, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu," katanya.
Hamzah berkata peniaga digalakkan menjual barangan berkenaan pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya mereka memperolehnya pada harga rendah.
Beliau menegaskan KPDNKK menerusi 2,600 anggota penguat kuasa dan kerjasama orang ramai di seluruh negara, akan melaksanakan pemantauan agresif bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak beretika.
Hamzah berkata pengguna dan peniaga boleh membuat semakan harga barangan di laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my. - Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016
Skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov. -Gambar hiasan
Integrasi AI dan Blok Rantai dalam Perkhidmatan Kerajaan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Ketahui bagaimana teknologi ini dapat membanteras ketirisan kewangan dan sektor-sektor yang menjadi tumpuan pelaksanaan.
PM Anwar perkukuh hubungan dengan UK, tarik pelabur asing
Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom antara usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara antara kedua-dua negara, termasuk meneroka potensi ekonomi baharu.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
AWANI Pagi: Eksport Bakat Lokal Tembusi Global
Ikuti diskusi bersama Hamidi Halim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Abroad EduWorld dan Subramaniam Sathasivam, Ketua Pegawai Eksekutif Crew Skills International mengenai usaha untuk meneroka peluang kalangan bakat kulinari tempatan bagi menempatkan diri mereka di persada global dengan mengikuti pendidikan ditawarkan dalam negara.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.
Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
JBPM Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan SPM dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi dan Amirul Aiman
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
Yoon Suk Yeol tidak hadir di mahkamah untuk pendakwaan
Presiden tidak hadir kerana usaha pihak berkuasa untuk menahannya menghalang beliau daripada menyampaikan pendirian dalam perbicaraan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.