IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita kira-kira 4,800 liter cecair, disyaki minyak diesel, dalam operasi membanteras penyelewengan barang kawalan di sebuah stor di Tambun, dekat sini, semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Perak kira-kira jam 7.30 pagi itu, turut disita ialah tong dram, beberapa dokumen dan sebuah lori tangki, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM40,320.
Menurut Pengarah KPDNHEP Perak Saifullizan Kamarul Zaman, serbuan itu adalah hasil maklumat risikan yang dijalankan Unit Risikan pihaknya selama lebih dua minggu.
Katanya, satu arahan untuk mengemukakan dokumen dan pengisytiharan stok barang kawalan berjadual telah dikeluarkan di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kepada seorang lelaki yang disyaki penjaga premis.
“Hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati terdapat tiga tong dram dipenuhi cecair yang disyaki minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 600 liter yang diletakkan di dalam premis berkenaan.
“Sebuah lori yang mempunyai tangki mengandungi cecair disyaki minyak diesel dianggarkan berjumlah 4,200 liter dan peralatan untuk memindahkan minyak, turut ditemui berada di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Saifullizan berkata, sindiket itu juga dipercayai membeli minyak diesel berkenaan di stesen-stesen minyak sekitar Ipoh dan menyimpannya di stor berkenaan.
Menurutnya, seorang lelaki berusia 58 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
“KPDNHEP memberikan amaran keras kepada semua peniaga dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini,” ujarnya.
Katanya, tindakan tegas akan diambil, termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 17 2022
Pegawai KPDNHEP Perak memeriksa lori tangki yang mengandungi minyak diesel yang disyaki diseleweng di sebuah stor di Tambun, 17 Feb 2022. - Foto KPDNHEP Perak
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan - Pihak berkuasa
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-CV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
[TERKINI] 28 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Kepungan Israel di utara Gaza ancam nyawa 75,000 rakyat Palestin - WHO
Sejak awal Oktober 2024, WHO mengesahkan sekurang-kurangnya 50 serangan terhadap kemudahan kesihatan.
RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.
KPDNHEP Perak sita 4,800 liter diesel disyaki diseleweng
Mereka turut menyita tong dram, beberapa dokumen dan sebuah lori tangki, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM40,320.