KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bahawa kementerian itu tidak membuat sebarang penetapan harga RM1 bagi segelas air kosong.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) diadakan sejak 7 April lalu adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.
“KPDNHEP ingin menegaskan bahawa kementerian tidak membuat sebarang penetapan harga barangan melainkan barangan harga terkawal atau barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
“Pemeriksaan melibatkan tindakan mendapatkan maklumat harga barangan dan kos dengan mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Antipencatutan 2011 kepada peniaga.
“Peniaga dikehendaki memberi maklum balas Notis Pengesahan Maklumat Baranagn/Perkhidmatan dalam tempoh dua hari bekerja dan menjawab Notis Bertulis dalam tempoh lima hari bekerja,” kata Alexander dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tegasnya, pengeluaran notis pengesahan maklumat tersebut kepada peniaga restoran atau kedai makan tidak bermaksud mereka bersalah dan dikenakan kompaun.
Sebaliknya, beliau berkata pengumpulan data menerusi pengeluaran notis berkenaan adalah bagi tujuan analisis dan kajian sebelum membuat penetapan harga pada minuman berkenaan.
“Kenaikan harga barangan yang terlalu tinggi atau tidak terkawal adalah asas kepada suatu tindakan pemeriksaan dilaksanakan.
“Bagaimanapun, ia tidak semestinya mencatut.
“Analisis pencatutan akan dilaksanakan setelah maklum balas notis diterima daripada peniaga,” katanya.
Pada 10 April lalu, Bernama melaporkan, KPDNHEP telah mengeluarkan sebanyak 84 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di seluruh negara yang menjual air kosong pada harga melebihi RM1.
BACA: Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara
BACA: Air kosong lebih RM1 segelas, 12 notis dikeluarkan KPDNHEP Selangor
Menurut laporan itu, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua notis tersebut dikeluarkan melalui Ops Catut 8.0 (air kosong) yang dijalankan susulan rungutan orang ramai yang mahukan agar kementerian memantau perkara berkenaan.
Arahan pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) dilaksanakan bermula 7 hingga 15 April ini di restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan atau warung.
Barangan yang diperiksa adalah air kosong, air suam, air ais, Nescafe tarik dan teh tarik panas.
Isabelle Leong
Wed Apr 14 2021

Pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) yang diadakan sejak 7 April lalu adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong. - Gambar hiasan

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KPDN keluar notis kepada peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi
KPDN telah mengeluarkan satu NPMB terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

10 tabiat minum air kosong untuk bantu kawal berat badan
Penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat.

Kekal cergas, bertenaga ketika berpuasa, jangan tinggal sahur!
Soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

KPDNHEP nafi tetapkan harga air kosong RM1 segelas
Pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.

Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara
KPDNHEP telah mengeluarkan sebanyak 84 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di seluruh negara yang menjual air kosong pada harga melebihi RM1.

Air kosong lebih RM1 segelas, 12 notis dikeluarkan KPDNHEP Selangor
KPDNHEP Selangor mengeluarkan 12 notis setakat semalam terhadap peniaga premis makanan dan minuman di negeri ini kerana menawarkan air kosong melebihi penetapan harga iaitu RM1 setiap gelas.