PUTRAJAYA: Ops Tiris, yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos ini, akan diteruskan sehingga 31 Dis depan.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Ops Tiris yang diteruskan untuk Fasa 2.0 itu, susulan kejayaan pelaksanaannya sejak 1 Mac lepas apabila sebanyak 4.31 juta liter minyak diesel bernilai RM9.23 juta telah dirampas sehingga semalam (23 Ogos).
Beliau berkata Ops Tiris Fasa 2.0 itu akan turut memfokuskan skop siasatan yang lebih menyeluruh meliputi rantaian bermula daripada sumber pembelian bekalan sehingga kepada pembeli haram.
"Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran terperinci berhubung keseluruhan rantaian pasaran gelap minyak diesel yang disyaki turut melibatkan sindiket," katanya dalam Sesi Libat Urus Bersama Media di sini hari ini.
Armizan berkata Unit Risikan Perniagaan (Business Intelligence Unit) di bawah Bahagian Penguat Kuasa KPDN juga akan ditubuhkan di bawah Ops Tiris Fasa 2.0, bertujuan untuk menjalankan tugasan perisikan perniagaan di pasaran melibatkan isu berkaitan sektor barang kawalan subsidi; perdagangan; pengedaran dan perniagaan; industri perkhidmatan dan perniagaan dalam talian; serta hal ehwal kos sara hidup.
"Melalui platform Ops Tiris Fasa 2.0, Bahagian Penguat Kuasa KPDN juga bakal merintis risikan terhadap ketirisan subsidi lain seperti minyak masak, beras, gula dan gas petroleum cecair (LPG)," katanya.
Mengenai pelaksanaan Ops Tiris, Armizan berkata bagi tempoh 1 Mac sehingga semalam (23 Ogos), sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dan 459 kes telah direkodkan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Sebanyak 379 tangkapan telah dilakukan dalam tempoh tersebut melibatkan 305 individu warganegara, 71 warga asing dan tiga individu adalah pemastautin tetap," katanya.
Daripada 459 kes itu, 225 merupakan kes serahan yang diterima daripada rakan agensi strategik seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, katanya.
Menerusi Ops Tiris itu, katanya KPDN turut merampas aset dan peralatan lain seperti lori, skid tank dan nozel flow meter berjumlah RM25.24 juta.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Operasi KPDN Shamsul Nizam Khalil berkata antara faktor menyebabkan aktiviti penyelewengan minyak diesel berlaku adalah kerana ada permintaan daripada industri untuk mendapatkan bekalan dengan harga murah dari pasaran.
"Pihak industri perlu membeli minyak diesel dengan harga lebih tinggi dari harga subsidi dan harga ini berubah setiap minggu.
"Contohnya minggu ini harga minyak diesel di pasaran ialah RM3.60, sedangkan harga diesel bersubsidi yang dijual di stesen minyak ialah RM2.15. Perbezaan harga itu walaupun nampak kecil tetapi memberi keuntungan yang banyak kepada pembeli haramr," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692874448_ArmizanMohdAli.jpg)
Datuk Armizan Mohd Ali (dua, kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Shamsul Nizam Khalil semasa sesi libat urus bersama pengamal media mengenai Pelaksanaan Ops Tiris di KPDN hari ini. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Op Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel Op Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615956_KPDNminyakdiesel.jpg)
Op Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
![Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705371729_ArmizanMohdAli.jpg)
Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan
Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0.
![KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702358894_TBOPSTIRISjpg.jpg)
KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan
Serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki IBC, 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.
![Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699438824_diesel.jpg)
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
![KPDN tumpaskan aktviti penyelewengan 25,000 liter minyak diesel KPDN tumpaskan aktviti penyelewengan 25,000 liter minyak diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693320569_ShamsulNizamKhalil.jpg)
KPDN tumpaskan aktviti penyelewengan 25,000 liter minyak diesel
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi, menerusi serbuan Ops Tiris di sebuah premis di Rantau, Negeri Sembilan awal pagi, hari ini.
![KPDN rampas minyak diesel, aset bernilai RM34.5 juta sejak Mac KPDN rampas minyak diesel, aset bernilai RM34.5 juta sejak Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692859776_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN rampas minyak diesel, aset bernilai RM34.5 juta sejak Mac
Armizan berkata, rampasan itu termasuk 4.31 juta liter minyak diesel subsidi bernilai RM9.23 juta.
![KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692874448_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini
Ops Tiris, yang dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos ini, akan diteruskan sehingga 31 Dis depan.
![KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679552500_MinyakDiesel.jpg)
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.
![KPDN serbu premis di Nilai disyaki seleweng diesel bersubsidi KPDN serbu premis di Nilai disyaki seleweng diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678966865_KPDNserbupremis.jpg)
KPDN serbu premis di Nilai disyaki seleweng diesel bersubsidi
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris di kawasan perindustrian Nilai.
![KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678165055_KPDNKedahRampas.jpg)
KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah