KOTA KINABALU: Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 15 Feb lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata jumlah itu membabitkan rampasan diesel iaitu RM4.76 juta, petrol RON95 (RM90,611), gas petroleum cecair (LPG) RM154,189, minyak masak (RM107,759) dan gula (RM35,737), manakala di Sabah, sebanyak 221 pemeriksaan dijalankan yang merekodkan 29 kes dengan jumlah rampasan barang kawalan bernilai RM192,845.
"KPDN bersama semua agensi berkaitan telah memulakan Ops Tiris yang bertujuan membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang menyebabkan kerugian kepada negara dan bekalan bahan api itu tidak sampai kepada mereka yang layak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel penyelarasan tanggungjawab membenteras ketirisan barang kawalan bersama agensi-agensi penguat kuasa di sini hari ini.
Armizan berkata dalam Ops Tiris 1.0 dan 2.0 yang dilaksanakan dari 1 Mac hingga 31 Dis tahun lepas di seluruh negara, pihak berkuasa berjaya merampas kira-kira 6.4 juta liter diesel bernilai RM14.2 juta dan rampasan selain diesel berjumlah RM42.1 juta.
Mengenai bengkel sehari itu, beliau berkata ia diadakan untuk membincangkan dan menambah baik kerjasama dalam Ops Tiris yang telah dilaksanakan melibatkan 16 agensi penguat kuasa yang berkaitan bagi memperluaskan skop penguatkuasaan kepada barang-barang kawalan lain selain diesel.
Antara lain objektif bengkel itu ialah memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di kawasan sempadan negara, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) kes penyerahan daripada agensi-agensi penguatkuasaan lain.
Selain itu, pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan melibatkan pemborong dan peruncit kawasan sempadan, pengauditan kepada pemborong diesel, pemegang permit barang kawalan, pengisian bahan api dan syarikat pengeksport.
"Melaksanakan inisiatif baharu biz-berkat yang bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga berkaitan kod etika dan peraturan perundangan perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Armizan berkata lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0. - Gambar fail/Bernama
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara SSM Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak di Jalan Basco Kepayang, di Ipoh.
Bekalan makanan di kawasan banjir mencukupi - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan jaminan bekalan makanan di kawasan terjejas banjir mencukupi.
Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Malaysia hari ini menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.
496 ditahan, RM80.11 juta barangan dirampas dalam Op Tiris - Armizan
KPDN menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Jan hingga 28 Ogos lepas.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
Armizan minta PM pertimbang tambah pegawai penyiasat MyCC
Komponen penguatkuasaan kementerian berkenaan turut mencakupi peranan MyCC, justeru wujud keperluan untuk membangunkan kapasiti suruhanjaya itu.
Lebih 4,000 laman web jual barang tiruan, edar karya cetak rompak disekat
Sebanyak 4,324 laman sesawang disekat atas pelbagai kesalahan antaranya menjual barangan tiruan, pengedaran karya cetak rompak dan penawaran jualan langsung berunsurkan skim piramid.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.