KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat dakwaan pelancong asing yang mendakwa dicaj RM120 di sebuah kedai gunting rambut di sekitar Bukit Bintang di sini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tegas akan diambil terhadap tukang gunting rambut itu memandangkan perkara berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Kita sentiasa memberikan nasihat berterusan supaya setiap peniaga mesti patuh dan memastikan servis yang diberikan sama ada kepada rakyat atau pelancong dari luar mestilah berpatutan, jangan mengenakan caj atau ambil peluang meraih keuntungan melampau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kejadian itu tular selepas pasangan dipercayai dari England memuat naik video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok memaparkan pertikaman lidah antara mereka dan seorang tukang gunting warga asing selepas dicaj RM120 untuk potongan rambut.
Mengenai pandangan Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin Datuk Ameer Ali Mydin yang menegur peniaga Menu Rahmah agar menghentikan mentaliti subsidi, Salahuddin berkata kerajaan akan meneruskan kajian mengenai pemberian insentif bagi peniaga berkenaan selepas sambutan Aidilfitri ini.
"Mungkin apa yang dikatakan Datuk Ameer itu dalam kapasiti beliau sebagai pemain industri kerana di pihak kerajaan bagi saya, biarlah kita buat satu kajian dahulu, kita perlu ada data, fakta yang tepat dan bertanggungjawab sebelum kita membuat apa-apa keputusan atau cadangan kepada pihak kerajaan," katanya.
Ameer Ali dilaporkan berkata golongan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah diingatkan supaya berhenti daripada mengharapkan subsidi tambahan kerajaan dengan menjadikan pembabitan dalam program itu sebagai alasan.
Sebelum ini, Salahuddin menyebut KPDN akan memulakan kajian bagi memperhalusi insentif kepada peniaga yang terlibat dalam pelaksanaan Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang terlibat.
Terdahulu, beliau menyerahkan 50 Bakul Rahmah sumbangan Grab Malaysia kepada rakan pemandu dan penghantar Grab di sini, sumbangan tersebut diedarkan kepada wakil-wakil yang akan diperluaskan kepada rakan pemandu dan penghantar Grab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Salahuddin berkata sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tegas akan diambil terhadap tukang gunting rambut itu memandangkan perkara berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. -Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.