BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan 49,488 unit pelbagai barangan rampasan bernilai RM2.34 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pengarah KPDN negeri S. Jegan berkata kesemua barangan itu hasil rampasan daripada 59 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
"Kesemua kes terbabit telah selesai proses pendakwaan dan kompaun, seterusnya mendapat kebenaran untuk dilupuskan.
"Ekshibit yang dilupuskan terdiri daripada pelbagai seluar, baju, kasut, topi, produk makanan dan penjagaan kesihatan serta aksesori dan peranti elektronik berjenama tiruan," katanya pada sidang media program Pelupusan Eksibit Mega KPDN Pulau Pinang di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang dekat Bukit Minyak di sini hari ini.
Beliau berkata pelupusan dari Januari hingga Jun itu adalah tertinggi berbanding tahun sebelumnya, iaitu sepanjang tahun lepas pihaknya melupuskan pelbagai barangan rampasan bernilai RM898,155.88 membabitkan 94 kes manakala pada 2022 pelbagai barangan bernilai RM541,142.45 melibatkan 152 kes.
Jegan berkata sepanjang tahun ini Bahagian Penguat Kuasa KPDN Pulau Pinang mempergiat aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, barang tiruan, halal, sewa beli, skim antipiramid, jualan langsung, penipuan dalam talian dan sebagainya.
"Bermula 1 Jan hingga 30 Jun lepas, KPDN Pulau Pinang telah memeriksa 22,143 premis dan 233 tindakan kes telah dihasilkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM1.58 juta.
"Kompaun bernilai RM94,600 telah dikeluarkan melibatkan 124 kes manakala tiga kes pula melibatkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM52,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![KPDN Pulau Pinang lupus 49,488 barang rampasan bernilai RM2.34 juta KPDN Pulau Pinang lupus 49,488 barang rampasan bernilai RM2.34 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722244088_TBJEGANKPDN.jpg)
Jegan berkata sepanjang tahun ini Bahagian Penguat Kuasa KPDN Pulau Pinang mempergiat antaranya aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan berkaitan bekalan, harga, antipencatutan. - Gambar Bernama
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Polis minta bantuan kesan lelaki hilang sejak 25 Julai
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak
Lima pelajar merusuh, pukul junior ditahan
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Populasi Harimau Malaya hanya tinggal 5 peratus berbanding 70 tahun dulu
Sekitar tahun 1950-an, pupulasi Harimau Malaya di Malaysia mencecah lebih 3,000 ekor, namun selepas 70 tahun, populasi haiwan terancam itu hanya tinggal 5 peratus daripada angka itu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan
Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Fahmi mahu persekitaran digital selamat untuk Malaysia
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo antara lain berbincang tentang cabaran dan proses kawal selia media sosial Singapura yang telah pun dilaksanakan sejak 2 tahun lalu.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
100 tercedera, keretapi bertembung dengan trak di selatan Moscow
Lebih 100 orang tercedera susulan sebuah keretapi penumpang bertembung dengan sebuah trak kamaz di wilayah Volgograd, Rusia.
378,000 paten AI China melonjak melepasi purata global
Bilangan paten ciptaan berkesan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di China telah mencapai 378,000 sehingga akhir 2023, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 40 peratus.
Risikan Korea Selatan dakwa Kim Jong Un alami masalah jantung
Penggubal undang-undang Korea Selatan pada Isnin mendakwa pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un kini sedang mengalami masalah kesihatan
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
![KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722003584_minyak.jpg)
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
![Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721540645_PriceCatcher.jpg)
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
![Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721479859_Peniagamedanselera.jpg)
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
![KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718807524_TBdieselbersubsidi.jpg)
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
![Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711809618_makanancolekpopula.jpg)
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
![KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709389237_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
![Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709643140_WanSukairiWanAbdu.jpg)
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
![MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708422901_TBArmizanMohdAli.jpg)
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
![Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705481142_TBARIFFINSAMSUDIN.jpg)
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
![KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613 KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692849931_TBselewengdiesel.jpg)
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.