SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 177 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Bemban, Mambau di sini malam tadi.
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata serbuan pada 10.50 malam itu turut menyita sebuah lori dan peralatan digunakan untuk pemindahan gas LPG berkenaan dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.
"Pasukan penguat kuasa menemukan 24 tong 50 kilogram (kg) LPG yang masih berisi dan 39 tong 50 kg yang kosong untuk kegunaan industri manakala 114 tong 14 kg kosong untuk kegunaan domestik berada di stor berkenaan.
"Hasil siasatan turut mendapati stor itu disyaki digunakan sebagai tempat memindahkan gas LPG bersubsidi ke dalam tong gas LPG kegunaan industri berdasarkan penemuan peralatan seperti hos paip, mesin pam dan alat timbang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati premis dan individu yang ditemukan di lokasi itu juga tidak mempunyai sebarang lesen atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual.
Muhammad Zahir berkata susulan itu, dua pekerja lelaki warga Myanmar di stor terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited memantau barangan kawalan bagi mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran selain mengingatkan mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual mematuhi perundangan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Pasukan penguat kuasa menemukan 24 tong 50kg LPG yang masih berisi, 39 tong 50kg yang kosong untuk kegunaan industri dan 114 tong 14kg kosong untuk kegunaan domestik di stor berkenaan. - Foto KPDN N. Sembilan

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

KPDN N.Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi
Turut disita, sebuah lori dan peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.

Awas pengusaha dobi ingkar!
Larangan dan amaran itu bertujuan membanteras penggunaan LPG bersubsidi yang juga selama ini menyumbang kerugian kepada kerajaan.