KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merancang untuk memperkenalkan inisiatif 'Insurans Rahmah' bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar yang lebih berpatutan untuk rakyat.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini satu syarikat insurans telah memberikan respons yang positif berhubung cadangan itu.
"Yang pertama sekali memberikan respons ialah Etiqa Insurans, saya telah meminta pegawai (untuk mengadakan) sesi libat urus tengok macam mana kita boleh jayakan Insurans Rahmah ini.
"..sama ada insurans (perlindungan) kenderaan, perumahan, hartanah dan seumpama dengannya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kenduri Menu Rahmah anjuran KPDN di Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai syarikat-syarikat insurans lain yang berminat dengan inisiatif itu, Salahuddin berkata beliau yakin lebih banyak syarikat akan turut serta berdasarkan impak 'domino effect' yang terbukti selepas inisiatif Menu Rahmah mula diperkenalkan.
Turut hadir di majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim serta Ahli-ahli Parlimen.
Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu Rahmah turut serta dalam majlis itu, antaranya Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia dan PLUS Berhad.
Sementara itu, Salahuddin berkata kerajaan akan melancarkan Jualan Rahmah untuk Hari Raya di sebuah gedung tekstil pada Rabu ini.
Beliau berkata inisiatif seumpama ini menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat seperti pasar raya Mydin yang menawarkan harga baju raya serendah RM30 manakala Jakel menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk baju raya.
"Ini semua berita gembira kepada rakyat menjelang raya dan saya diberitahu semua hypermarket juga akan terus menjual harga barangan asas dengan Jualan Rahmah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Salahuddin Ayub berkata setakat ini satu syarikat insurans telah memberikan respons yang positif berhubung cadangan itu. -Bernama
Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu – MB.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak – PM.
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu – MB.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak – PM.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Israel guna hasil cukai Palestin bayar hutang elektrik PA
Israel mengutip cukai ke atas barangan yang melalui wilayah Israel menuju ke Tebing Barat yang diduduki.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran Los Angeles: Hanya tinggal matahari merah di langit
Dahulunya kediaman mewah di kawasan kejiranan Pacific Palisades, kini hanya tinggal rangka bangunan, tiang elektrik tumbang dan kenderaan musnah sepenuhnya.
Biden gesa gencatan senjata disegerakan - White House
Desakan itu dinyatakan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
#AWANIRingkas 13 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Januari 2025
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.