KUALA LUMPUR: Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Menurutnya, keputusan kerajaan Selangor itu akan memuktamadkan pembinaan jajaran ECRL sejauh 665 kilometer yang merangkumi 59 terowong serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhannya 127 kilometer.
"Anggaran kos RM50.27 bilion ini mengambil kira kerja-kerja terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer yang menggunakan dua mesin pengorek terowong (TBM) canggih serta Terowong Serendah sepanjang 14.10 kilometer melalui kaedah letupan dan gerudi.
"Kos ECRL ini juga akan merangkumi pengangkutan rel ECRL yang apabila beroperasi kelak terdiri daripada set unit 'electric multiple' (EMU) bagi penumpang dan lokomotif serta gerabak untuk perkhidmatan kargo," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumen (Jajaran Utara) ECRL Seksyen C di sini, hari ini.
Terdahulu ketika berucap, Wee berkata Jajaran Utara ECRL ini akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL.
"Landasan berkembar yang terdiri daripada landasan Tolok Meter dan Tolok Standard akan dibina di antara Serendah dan Pelabuhan Klang.
"Serendah Bypass akan berfungsi sebagai laluan pelepasan kargo yang penting untuk perkhidmatan rel kargo KTMB yang berdepan kesesakan rel ketika melintasi pusat bandar Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Wee, Serendah Bypass juga dijangka meningkatkan jumlah kargo ECRL yang apabila beroperasi akan menampung kargo dari negeri-negeri Pantai Timur dan laluan KTMB sedia ada.
"Penjajaran ini akan menjadikan ECRL infrastruktur yang berdaya maju sejajar dengan nisbah hasil 70 peratus perkhidmatan kargo dan 30 peratus perkhidmatan penumpang.
"Atas faktor ini jajaran asal ECRL yang ditambah baik akan memasukkan landasan dwitolok kira-kira 30 kilometer dari stesen ECRL Jalan Kastam ke kawasan pelabuhan Northport dan Westport," katanya.
Beliau berkata, pembinaan ECRL juga dijangka memacu pertumbuhan sektor pembinaan dan bahan binaan serta menyokong pengambilan tenaga kerja tempatan, termasuk kalangan profesional, pekerja mahir dan pekerja am bagi menampung aktiviti berkaitan.
Bernama
Thu Dec 02 2021
![Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638206903_mca.jpg)
Wee berkata Jajaran Utara ECRL ini akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL. - Gambar fail
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917654_TBGiatMara.jpg)
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
![Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679174547_PROJEKECRLKELANTAN.jpg)
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
![Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683624793_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke
Loke berkata kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat dalam menentukan harga tiket penumpang
![Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653081592_TerowongECRL.jpg)
Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
![Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/71574401300_ecrl.jpg)
Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar
Hasil rundingan yang cekap, kos Projek Laluan Rel Pantai Timur kini RM74.96 bilion berbanding RM85.97 bilion pada 2016.
![Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669701055_TBmamad.jpg)
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
![ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655187786_TBTAKIYUDIN.jpg)
ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin
Sebanyak 1,547 lot tanah bagi fasa satu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah selesai dan diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
![Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638206903_mca.jpg)
Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C.
![Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592218269_ecrl.jpg)
Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 kilometer (km) kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.
![Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615112051_ECRLLogo.jpg)
Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus
Angka itu menunjukkan kemajuan projek itu satu peratus lebih awal daripada jadual asal.
![Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/71528881989_ECRLLogo.jpg)
Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang
Rundingan semula dengan pihak kerajaan China dan kontraktor utama ECRL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kos dan jadual projek membabitkan jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang.