KUALA LUMPUR: Impak negatif pengimbangan portfolio Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat pengeluaran ahli telah menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat melalui tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.
Secara keseluruhan, ahli KWSP mempunyai akses bagi sehingga RM71,000 dalam dana persaraan itu melalui tiga program pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang telah memberi manfaat kepada lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan pengeluaran berjumlah RM101 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini kerana kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020
"Jumlah pinjaman kasar bagi MGS adalah RM83 bilion bagi keseluruhan tahun 2021. Ini bermakna kerajaan telah menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.
"Jumlah ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program dan bantuan kewangan untuk rakyat. Kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan kerugian yang lebih besar, serta terus meningkatkan sentimen negatif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan," kata Tengku Zafrul.
Beliau menambah pengimbangan portfolio oleh KWSP akan memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan.
Tengku Zafrul berkata sekiranya pengeluaran dana ahli KWSP sebanyak RM10,000 secara 'one-off' (sekali sahaja) dibenarkan, ia akan melibatkan seramai 6.3 juta ahli yang layak dan menyebabkan kemungkinan pengeluaran tambahan berjumlah lebih dari RM63 bilion.
"Sekiranya ini dibenarkan, KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio. Untuk itu, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu terutamanya dengan krisis Rusia-Ukraine yang berlaku baru-baru ini," katanya.
Tengku Zafrul berkata apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, ia akan mengurangkan kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli.
"Ini juga akan menjejaskan peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan di mana kos pinjaman kerajaan akan naik dan telah pun naik sebanyak 100 mata asas," katanya.
Tengku Zafrul berkata tiga program pengeluaran khas KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Negara-negara lain seperti Australia, Chile dan Peru yang juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat menangani cabaran COVID-19 tidak lagi membenarkan program pengeluaran ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
![Kos pinjaman kerajaan bertambah RM830 juta setahun kerana pengeluaran KWSP Kos pinjaman kerajaan bertambah RM830 juta setahun kerana pengeluaran KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647266859_TBTENGKUZAFRUL.jpg)
Tengku Zafrul berkata apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, ia akan mengurangkan kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF 3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714026552_BangunanKumpulanWa.jpg)
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
![Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720004945_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
![3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel 3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.
![KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716096836_BangunanKumpulanWa.jpg)
KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama
KWSP menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
![Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.
![KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677659526_KWSP.jpg)
KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam menyokong transformasi rangka kerja sistem persaraan bagi memastikan keterangkuman dan jaminan untuk semua.
![ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717563657_KWSPAkaun.jpg)
ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang
Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk menangani masalah kewangan jangka pendek termasuk kecemasan kesihatan yang memerlukan penyelesaian segera.
![5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar 5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715509507_BangunanKumpulanWa.jpg)
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.
![ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717495649_tbISWC.jpg)
ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) tahun ini, memfokuskan isu fenomena penuaan penduduk termasuk penambahbaikan ke atas sistem pencen dan persaraan negara.
![ISWC 2024: Strategi holistik menuju persaraan bermakna ISWC 2024: Strategi holistik menuju persaraan bermakna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717480919_AnwarIbrahimISWC.jpg)
ISWC 2024: Strategi holistik menuju persaraan bermakna
Malaysia perlu meneliti masalah penuaan dari pelbagai dimensi, termasuk politik, sosioekonomi dan sosial.