MEKAH: Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.
Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Makkah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.
Tanpa mendedahkan jumlah kos berkenaan, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perjanjian itu antaranya melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah.
"Dalam usaha TH menangani kenaikan kos setiap tahun yang dihadapi, inilah antara usaha kita memasuki kontrak untuk jangka masa panjang bukan dalam bentuk tahunan.
"Ia dapat mengawal dari segi kenaikan kos kerana kos yang telah dimeterai bersama ini adalah satu harga yang ditetapkan untuk tiga tahun, harganya sama untuk ketiga-tiga tahun tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ta'aruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat Mashariq bagi musim haji 1444 Hijrah di sini.
Bagaimanapun, Syed Saleh menjelaskan kos operasi Masyair itu hanya sebahagian daripada kos keseluruhan haji yang turut meliputi pembiayaan lain seperti penginapan, penerbangan selain bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi.
Sementara itu, Pengerusi Mashariq Adnan Hussain Mandourah berkata syarikat tersebut akan berkerja sebagai satu pasukan dengan TH untuk berkhidmat kepada jemaah Malaysia.
"Kami meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih baik dan semakin baik melebihi jangkaan daripada saudara saudari kita di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Syed Saleh berkata, perjanjian itu antaranya melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah. - Fail/Bernama
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
Seramai 50 sertai program Jemaah Haji Warga Emas semasa masyair
Jemaah dipilih daripada 114 permohonan dengan menjalani sesi temuduga yang berlangsung sebanyak tiga sesi di mana calon-calon dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan.