KUALA LUMPUR: Penetapan kos ibadah haji termasuk kadar subsidi untuk diberikan kepada jemaah muassasah dijangka dimuktamadkan pada Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, beliau yakin formula yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan membebankan jemaah dan pada masa sama masih menjaga kepentingan pendeposit lain.
"Perbincangan masih belum dibuat. Jemaah menteri akan tentukan keputusan akhir nanti. Perlu lihat peningkatan beberapa kos berdasarkan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dan semua itu akan diambil kira oleh TH.
"Perkara yang dititik beratkan adalah 'menang-menang' untuk jemaah yang terlibat dan pendeposit kerana mereka juga perlukan keuntungan dan sebagainya.
"Insya-Allah formula yang akan dibuat oleh TH tidak membebankan. Kedua-dua pihak perlu diambil kira iaitu kebajikan jemaah dan kepentingan pendeposit," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kutipan Wakaf Tunai Yayasan Wakaf Malaysia Menerusi Konsep Bertempoh, iTekad CIMB Islamic Rider Enterpreneur di sini, pada Rabu.
Kata Idris, TH memperuntukkan kos sehingga RM400 juta bagi menampung kos subsidi jemaah dan adalah wajar juga untuk memastikan kepentingan pendeposit diambil kira.
"Mereka yang menyebabkan boleh beri bantuan (subsidi) haji. Jika pelabur cabut lari, tidak ada subsidi untuk jemaah haji," katanya.
Artikel asa di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Wed Dec 08 2021
Senator Idris Ahmad yakin formula yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji tidak akan membebankan jemaah dan pada masa sama masih menjaga kepentingan pendeposit lain. - Gambar fail AFP
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Kos ibadah haji, kadar subsidi dimuktamadkan Januari depan
Formula yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji tidak akan membebankan jemaah dan masih menjaga kepentingan pendeposit lain.