KUALA LUMPUR: Kos untuk jemaah Muassasah menunaikan haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000, kata Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut TH, kenaikan kos itu susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Sebagai perbandingan, jelas TH, kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900.
“Peningkatan 12 peratus ini mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan.
“Ini tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan SOP (prosedur operasi standard) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” menurut kenyataan itu lagi.
Menerangkan lebih lanjut, TH berkata, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.
Kos-kos lain, katanya lagi, termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari.
TH berkata, hampir kesemua perkhidmatan itu disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai dan kadar inflasi di sana.
Selain dari kos-kos langsung, TH berkata, ia turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji, dengan jumlah kos tidak langsung itu sahaja mencecah RM60 juta setiap tahun.
Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.
“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.
“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.
“Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH.
“Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” katanya lagi.
Biarpun ibadat haji ditangguhkan dua kali akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020, namun, TH tetap meneruskan persiapan dengan mengambil kira situasi semasa dan perkembangan di Arab Saudi.
Selain itu, TH berkata, bakal jemaah juga harus membuat persediaan awal dari segi kesihatan dan perbelanjaan haji.
“Pada ketika ini, kerajaan Arab Saudi masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan ibadat haji bagi Musim 1443H/2022M,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Thu Apr 07 2022

Sebagai perbandingan, kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.