Susulan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang dijangka memberi kesan pada bilangan pelancong China ke Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta negeri Selangor dan Pahang pada Selasa mengumumkan usaha masing-masing dalam merancang strategi baharu yang menyasarkan kehadiran pelancong dari pelbagai negara sumber.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi dalam satu sidang media di sini pada Selasa mengumumkan pihaknya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara-negara baharu.
Menurutnya ini kerana pihak kementerian mendapati kesan krisis koronavirus di Wuhan, China, telah menyebabkan jumlah pelancong dari negara itu turun dengan mendadak.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban lebih 400 di seluruh dunia
Di KUALA SELANGOR, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada Selasa mengumumkan strategi baharunya yang menyasarkan kedatangan lebih ramai pelancong dari dunia negara-negara Arab, Korea, Taiwan dan beberapa negara Eropah.
Beliau berkata impak penyakit itu dilihat itu bukan setakat membabitkan kedatangan pelancong dari China, tapi juga dari negara lain.
"Pelancong dari Jepun bagaimanapun masih 'setia' berkunjung ke Selangor hingga program 'bon-odori' di negeri ini diteruskan dan menjadi sebahagian promosi pelancongan yang kita akan perhebatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) di Kuala Selangor, pada Selasa.
Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad yang mengakui perkara itu berkata susulan penularan wabak 2019-nCov kedatangan pelancong khususnya dari China setakat ini dilihat agak menurun berbanding tempoh sama tahun lepas.
DI KUANTAN, Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata Pahang akan meneroka pasaran baru pelancong dari Amerika Selatan dan Rusia untuk mengisi jurang yang ditinggalkan pelancong China.
Ini kerana, pelancong China merupakan antara penyumbang terbesar kehadiran pelancong asing ke Pahang, iaitu sekitar 700,000 ke sejuta orang setahun.
"Penularan penyakit itu menyebabkan berlaku pembatalan tempahan melibatkan pelancong China dan kita menjangkakan ia akan berlaku dalam masa sebulan dua, sebelum kita dapat mencari keseimbangan dengan kehadiran pelancong negara lain," katanya.
BACA: Koronavirus: Kerajaan perlu halang kemasukan pelancong
Mohd Sharkar berkata demikian pada sidang media Pelancaran Pertandingan Video Pendek Pahang Simply Awesome sempena Visit Malaysia 2020 di pejabat Tourism Pahang di Kuantan, pada Selasa.
Beliau berkata keputusan menarik pelancong dari Rusia dan Amerika Selatan juga 'tepat' ekoran pihaknya juga baharu mengadakan promosi pelancongan di beberapa buah negara Amerika Selatan termasuk di Argentina pada Disember lalu.
Sementara itu di LANGKAWI, Kedah; pemain industri pelancongan Langkawi pada Selasa mengadakan perbincangan bagi mencari jalan menarik kembali kehadiran pelancong ke Pulau Langkawi dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris turut hadir dalam perbincangan itu.
"Hasil perbincangan tadi ada cadangan supaya bantuan diberi sebagai contoh sekiranya pemain industri terlibat menyertai promosi pelancongan bayaran ruang pameran mungkin boleh dikongsi bersama dengan pihak bertanggungjawab," kata Mohd Asmirul yang ditemui pemberita.
BACA: Koronavirus: 117 penerbangan terlibat Sabah gantung sementara penerbangan dari China
Beliau berkata hasil tinjauan yang dilakukannya ke beberapa lokasi sekitar Langkawi pada Selasa mendapati keadaan pulau ini amat baik dan selamat justeru pelancong dalam dan luar negara tidak perlu bimbang untuk datang bercuti.
Ketika ditanya sama ada wabak 2019 novel koronavirus menyebabkan kehadiran pelancong ke Langkawi berkurangan, Mohd Asmirul berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Mohammadin mengumumkan pihaknya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara-negara baharu. - Gambar fail
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 29 Disember 2024
1️⃣ Sekurang-kurangnya 174 orang disahkan maut
2️⃣ Guru agama warga Afrika ditahan di Ampang
3️⃣ Kelantan tetapkan tujuh kategori premis makanan
#awaniringkas
1️⃣ Sekurang-kurangnya 174 orang disahkan maut
2️⃣ Guru agama warga Afrika ditahan di Ampang
3️⃣ Kelantan tetapkan tujuh kategori premis makanan
#awaniringkas
Bae Soba Bae Raya: Penyanyi Thailand ganti penyanyi asal
Penyanyi dari Thailand, Deqnee Dusongnya akan menggantikan pemnyanyi asal yang kini masih ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand.
Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini.
Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
Dengan hanya serendah RM450, ijazah Doktor Kehormat kini bertukar menjadi komoditi yang mampu dimiliki sesiapa sahaja tanpa sebarang pencapaian akademik atau sumbangan kepada masyarakat.
Percuma tapi kena bayar 'table charge'
Seorang Profesor Adjung mendedahkan cubaan sindiket itu menawarkan ijazah doktor kehormat dengan bayaran RM12,000.
Banjir: Hulu Terengganu terjejas, lima PPS dibuka
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu khususnya di Hulu Terengganu
Banjir: Tanah Merah terjejas, 10 PPS dibuka
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan khususnya di Tanah Merah
Dinding kolam tadahan pecah, kawasan perumahan Saujana Alam banjir
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu ditenggelami air.
Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.