Kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Isnin lepas setelah mempunyai simptom 2019 novel koronavirus, akan dibenarkan pulang hari ini setelah pulih daripada demam dan sakit tekak.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kanak-kanak itu yang hanya mengalami demam biasa dan sakit tekak sudah sihat sepenuhnya setelah menerima rawatan di HSNZ.
"Keadaannya stabil dan kita jangka kanak-kanak itu boleh discaj hari ini," katanya menerusi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Isnin lepas, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan warga China yang didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti 2019 novel koronavirus.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang doktor Hospital Kemaman untuk mengesan kanak-kanak tersebut dan tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu berjaya ditemui di lokasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kemaman.
Ibu bapa kanak-kanak itu yang merupakan warganegara China adalah pekerja di kawasan projek ECRL Kemaman dan mereka telah berada di Terengganu sejak awal bulan lepas.
Mereka telah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membawa kanak-kanak perempuan itu ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut dan mendakwa bukan melarikan diri sebaliknya tidak memahami penerangan doktor tersebut berikutan masalah komunikasi bahasa.
Hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati beliau tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) atau sebagai pesakit koronavirus dan pihak hospital telah memberikan rawatan biasa kepada kanak-kanak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata kanak-kanak itu yang hanya mengalami demam biasa dan sakit tekak sudah sihat sepenuhnya setelah menerima rawatan di HSNZ. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pelajar UniSZA maut motosikal bertembung ambulans depan hospital
Mangsa, Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada Khamis.

Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil
Pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas kedua-dua belah pahanya cedera dihempap dinding konkrit.

Lelaki cedera parah akibat tertembak ketika memburu
Suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan selaras senapang patah bagi tujuan memburu pelanduk.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.

Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.