KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Setiu yang cedera selepas dihempap dinding konkrit semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas kedua-dua belah pahanya cedera akibat dihempap dinding konkrit yang tiba-tiba runtuh ketika mencuci pakaian di asrama berkenaan.
Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM200,000 kepada setiap SABK tahun lepas bagi memastikan infrastruktur sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.
"SABK adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri, namun kita memandang serius perkara sebegini yang melibatkan keselamatan pelajar.
"Kita harap semua sekolah dapat meningkatkan aspek keselamatan bagi memastikan insiden sebegini tidak lagi berulang pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.22 pagi semalam, mangsa cedera di kedua-dua belah paha selepas dihempap runtuhan dinding konkrit.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Setiu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
![Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705720335_TBpelajardinding.jpg)
Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang pelajar yang terperangkap dalam runtuhan dinding konkrit di sebuah sekolah di Kampung Putera Jaya, Kuala Terengganu, pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719800495_JoeBiden.jpg)
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi Selasa.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbincangan Akta Ombudsman Malaysia, lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China sempena ulangtahun ke-50 hubungan dua hala, dan usaha membangunkan Sandakan sebagai destinasi pelayaran jadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Pesawat komersial yang membawa Sheikh Al-Azhar mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 10.42 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
[TERKINI] Mangsa di Sabah terus meningkat setakat Selasa malam
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 503 orang daripada 145 keluarga pagi Raby di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
![EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719961066_EURO.jpg)
EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria
Dua jaringan Merih Demiral mengangkat beliau sebagai watak penting dalam memacu Turkiye melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024.
![Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719958632_ProfDrAhmadMuhamm.jpg)
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
![Al-Ittihad pecat Marcelo Gallardo Al-Ittihad pecat Marcelo Gallardo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719959974_MarceloGallardo.jpg)
Al-Ittihad pecat Marcelo Gallardo
Kelab Liga Pro Saudi itu umum pemecatan pengurus yang juga ketua jurulatih Marcelo Gallardo berkuat kuasa Selasa.
![Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705720335_TBpelajardinding.jpg)
Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil
Pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas kedua-dua belah pahanya cedera dihempap dinding konkrit.