KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor koperasi negara mampu bergerak secara bersepadu menerusi pembentukan federasi yang membabitkan model perniagaan penggabungan badan itu.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, menerusi pembentukan federasi, koperasi mempunyai potensi besar untuk meningkatkan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat dan ia kini menjadi penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta, yang menyaksikan jumlah keanggotaan 7.3 juta dengan modal syer serta yuran terkumpul sebanyak RM16.5 bilion.
"Kerajaan yakin jika koperasi di negara ini dapat bergabung melalui federasi, jaminan keselamatan makanan negara akan diperkukuh seterusnya dapat mengimbangi kos makanan yang semakin meningkat.
"Ini kerana model perniagaan melalui penggabungan koperasi bukan hanya dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran produk dan perkhidmatan gerakan koperasi melalui ekonomi skala malahan boleh memendekkan rantaian bekalan dengan mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023, di sini, pada Ahad yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
Ahmad Zahid, yang merujuk gabungan koperasi pertanian di Korea Selatan iaitu Federasi Koperasi Pertanian Kebangsaan (NAFC) sebagai contoh berkata, ia menjadi organisasi puncak bagi 1,118 koperasi dengan jumlah keahlian 2.1 juta petani merangkumi pemilik, pengguna dan pengawal koperasi.
"Federasi itu menyokong koperasi anggota dengan menyediakan sistem untuk petani Korea yang majoritinya mengalami masalah kapasiti pengeluaran yang lemah dan sumber kewangan tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata, NAFC memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Korea dan berkembang menjadi antara koperasi paling berjaya di dunia.
Justeru, Ahmad Zahid menyeru gerakan koperasi di Malaysia agar bergerak secara bersepadu untuk membantu kerajaan dalam agenda menoktahkan kemiskinan tegar sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat dan berharap ia dapat terlibat secara serius ke arah membantu ikhtiar kerajaan menurunkan harga barang keperluan asas seperti gula, tepung serta minyak masak.
"Gerakan koperasi juga boleh menjadi wahana efektif bukan hanya dalam pembangunan usahawan tetapi juga memainkan peranan besar bagi membantu B40 dan golongan rentan menangani cabaran peningkatan kos sara hidup," katanya.
Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada segala usaha yang dijalankan oleh koperasidalam memperkasakan lagi ekonomi serta kesejahteraan rakyat negeri itu.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Ahmad Zahid diiringi Ewon menurunkan tandatangan sebagai simbolik penutupan majlis BKK23 pada Ahad. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Anwar akur kos sara hidup masih membelenggu rakyat
Anwar terima kenyataan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menangani isu kos sara hidup dan mengawal inflasi, ia masih menjadi masalah utama rakyat.