SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyindir ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam isu kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Perdana Menteri menegaskan, sarjana yang bertaraf sedemikian tidak sepatutnya menjadi profesor jemputan di universiti tempatan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Profesor Sains Politik, Bruce Gilley yang didakwa menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh Malaysia tidak selamat ketika menjadi pensyarah jemputan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
“Mediocre scholar (sarjana tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa dalam bidang akedemiknya) tidak sepatutnya dibawa sebagai profesor jemputan, dari awal lagi,” katanya ringkas kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kampus dan Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbangan Akademi Malaysia Airlines Bhd (MAB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas kerana isu berkenaan telah dijawab oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
“Selebihnya telah dijawab oleh Menteri KPT,” tambahnya.
Sebelum ini, UM menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Gilley turut dikatakan menuduh ahli politik Malaysia menggesa 'Holocaust kedua' atau pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hal itu mendapat reaksi kurang senang daripada pengguna internet yang mempersoalkan akaunnya, manakala yang lain mengkritik UM kerana menjemput penceramah pro-Zionis.
Pada Khamis, UM tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu.
Pusat Komunikasi Korporat (CCC) UM dalam kenyataannya, berasa kesal dengan kenyataan kontroversi yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
UM difahamkan telah melancarkan siasatan terhadap ucapannya, dan telah membatalkan satu lagi ceramah Gilley anjuran Institut Pengajian China di universiti itu.
Tinjauan di akaun X Gilley mendapati dia telah memadamkan semua hantaran berkaitan ucapan mahupun kenyataan berbaur propaganda Israel yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Fri Apr 26 2024
Perdana Menteri menegaskan, sarjana yang bertaraf sedemikian tidak sepatutnya menjadi profesor jemputan di universiti tempatan. - Gambar fail
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.