KANGAR: Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kangar menerima laporan daripada kontraktor berumur 48 tahun itu semalam.
"Mangsa melihat satu iklan di laman sosial Facebook dan telah menekan satu pautan yang diberikan melalui laman sosial tersebut. Mangsa kemudiannya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp terdiri daripada ahli sindiket pelaburan tidak wujud.
"Mangsa kemudiannya berinteraksi melalui aplikasi WhatsApp dan telah tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan itu. Mangsa ditawarkan satu pelaburan bermodal rendah iaitu sebanyak RM300 dan akan mendapat pulangan sebanyak RM88,000 dalam masa satu hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata mangsa telah membuat 80 kali transaksi wang dari tempoh 17 Mei hingga 16 Ogos 2023 melibatkan 32 akaun bank.
Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan daripada pelaburan yang ditawarkan itu.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dan penelitian. Berhati-hati apabila melihat tawaran pelaburan yang menjamin pulangan tinggi," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Yusharifuddin berkata mangsa telah membuat 80 kali transaksi wang dari tempoh 17 Mei hingga 16 Ogos 2023 melibatkan 32 akaun bank. - Gambar hiasan/Freepik
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Beliau berkata sindiket itu menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.
Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
Tergoda skim pelaburan di laman sosial, ahli perniagaan rugi RM688,300
Mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.
Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto
Mangsa memaklumkan menyertai skim pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang mempromosikan perkara itu.
Wanita warga emas rugi RM6.2 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud
Ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' di Perak setakat ini.
Pesara wanita rugi RM730,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.
Pelaburan tidak wujud, ejen insurans kerugian RM333,600
Ketua Polis Perak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki itu yang berusia 46 tahun dari Taman Pari pada Selasa.
Kontraktor wanita rugi lebih RM416,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud
KB Raman Nair, M Yeohgeswary, R Rangini dan A Kaarthik membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan.