Seorang kontraktor penyelenggaraan Telekom Malaysia (TM) yang sedang melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah maut manakala dua yang lain cedera dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Burma, George Town kira- kira jam 1.30 pagi tadi.
Mangsa Omar Osman, 40, dari Kampung Sungai Mati, Langgar, Kedah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar memaklumkan ketika kejadian mangsa bersama dua lagi pekerja berada di kawasan itu sebelum sebuah kereta yang dipandu laju secara tiba-tiba melanggar mereka.
Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam lubang dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 40 tahun itu, datang dari arah Jalan Gottlieb menghala ke pusat bandar dengan melalui Jalan Burma.
Hasil siasatan mendapati pemandu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol telah melanggar kon dan papan tanda besi pembinaan penyelenggaraan TM.
Mangsa ketika itu sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel bawah tanah di tengah jalan berkenaan.
Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Apr 04 2018
![Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61522804681_PekerjaPenyelengara.jpg)
Rempuhan kuat menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam lubang dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. - Foto Ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614658426_merusuhrestoran.jpg)
Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
![Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606747612_garisanpolis.jpg)
Lelaki parah dibelasah selepas terlibat kemalangan
Mangsa berusia 33 tahun dicederakan menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kepalanya berlumuran darah.
![Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61522804681_PekerjaPenyelengara.jpg)
Kontraktor TM maut dilanggar pemandu mabuk
Seorang Kontraktor penyelengaraan Telekom Malaysia (TM) yang sedang melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah maut manakala dua yang lain cedera dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Burma