ALOR SETAR: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini atas pertuduhan menggunakan penyata bank palsu untuk mendapatkan tender pembersihan awam sisa pepejal bernilai RM1.7 juta tiga tahun lalu.
Tertuduh, Ronie Maharudin, 47, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah mengemukakan penyata bank CIMB Islamic Bank Berhad atas nama syarikat Kembar Mega Enterprise yang dipalsukan untuk memohon kontrak itu bagi bulan Oktober, November dan Disember 2018.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di pejabat E-Idaman Sdn Bhd di Bandar Baru Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini pada 22 Februari 2019.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 akta sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan tarikh 19 Februari depan untuk menjatuhkan hukuman itu atas permintaan pihak pendakwaan untuk mengemukakan fakta penuh kes kepada mahkamah.
Sebelum itu, Pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fauzee Azizan dalam hujahnya menggesa mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh selaras dengan nilai kontrak terbabit.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Farid Wajdi Hanif yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan jumlah jaminan lebih rendah kerana tertuduh tidak memiliki pendapatan stabil selepas kehilangan pendapatan sebagai kontraktor dan hidup bergantung dengan wang simpanan sahaja.
Muhammad Farid memberitahu, tertuduh kini terpaksa bergantung kepada isteri untuk menyara tiga anak mereka yang masih belajar, malah juga perlu menyara kedua-dua ibu bapanya yang uzur.
Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin, selain tertuduh tidak dibenarkan menganggu saksi.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 08 2023

Hakim Rohatul Akmar menetapkan 19 Feb depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Ronie Maharudin. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kontraktor mengaku bersalah guna penyata akaun bank palsu mohon tender pembersihan RM1.7 juta
Seorang kontraktor mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan penyata akaun bank syarikat palsu bagi mendapatkan tender pembersihan awam bernilai RM1.7 juta.