Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini dalam dagangan kecil, walaupun penurunan di penanda aras niaga hadapan emas Bursa Komoditi AS (COMEX), kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Amberlyn How berkata emas COMEX susut hari ini berikutan pengambilan untung pada akhir minggu ini.
"Bagaimanapun, pasaran emas dijangka terus disokong oleh penurunan dolar US susulan pengumuman minit daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada November yang kelihatan memihak kepada kadar faedah rendah berhubung keputusan kadar faedah pada tahun depan, manakala kenaikan kadar pada Disember telah diambil kira," katanya.
Bulan semerta November 2017, Disember 2017, Januari 2018 dan Februari 2018, masing-masing menambah empat mata kepada RM171.2, RM171.85, RM172.75 dan RM173.25 segram.
Jumlah dagangan tidak berubah pada satu lot bernilai RM17,120, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 99 kontrak daripada 100 kontrak semalam.
Pada 5 petang, harga emas fizikal naik 25 sen kepada RM165.23 segram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini dalam dagangan kecil, walaupun penurunan di penanda aras niaga hadapan emas Bursa Komoditi AS (COMEX), kata peniaga.