PUTRAJAYA: Individu berusia 18 tahun dan ke atas yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 namun sudah mendapat dos penggalak tidak perlu menjalani perintah pemerhatian dan pengawasan di rumah (HSO) sekiranya tidak bergejala pada hari pertama.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut bagaimanapun perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks.
Menurutnya, protokol pengurusan kontak rapat yang baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Mac nanti.
BACA: Tiada lagi kuarantin jika jadi kontak rapat, fasa pertama dimulakan sektor kesihatan - Khairy
BACA: COVID-19: Jawab borang HAT di MySejahtera sekiranya positif atau kontak rapat - Khairy
“Mereka perlu lakukan ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif.
“Sekiranya positif, perlu laporkan melalui MySejahtera dan jalani isolasi. Kalau negatif pada hari pertama dan ketiga, mereka boleh teruskan urusan seperti biasa.
“Untuk yang lain, ia kekal. Bagi kontak rapat bergejala, mereka mesti menjalani HSO selama lima hari,” katanya pada sidang media KKM di Putrajaya pada Khamis.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko yang mendapati dalam varian Omicron, tempoh inkubasinya adalah lebih singkat berbanding varian Delta.
“Melalui penilaian risiko daripada KKM, kita dapati bahawa sekiranya mereka tidak bergejala, kemungkinan ‘virus load’ mereka adalah rendah.
“Kedua, kita masih lagi ada langkah keselamatan dengan ujian pada hari pertama, ketiga dan pemantauan kesihatan kendiri. Dalam tempoh beberapa hari selepas kontak rapat, mereka perlu jalani ‘self health assessment’.
“Ia adalah untuk memastikan mereka tiada gejala dan sebenarnya ini juga adalah satu langkah ke arah endemik,” ujarnya.
Jelasnya, ia bukanlah bermaksud negara sudah memasuki fasa endemik namun dengan penilaian risiko yang dibuat, KKM berpendapat dasar baharu itu sesuai dilaksanakan pada waktu ini.
Ridauddin Daud
Thu Feb 24 2022
Individu tersebut bagaimanapun perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks. - Gambar hiasan/ Bernama
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB
UNITAID menegaskan kepentingan pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB.
COVID-19: Jepun tarik balik arahan pemakaian pelitup muka
Perubahan itu akan bermula secara rasmi pada awal Mei.
Mesir sahkan kes pertama cacar monyet
Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan seorang rakyatnya yang bermastautin di Eropah, kini telah dikuarantin di hospital.
Banjir Baling: Satu kes COVID-19 dikesan, tiga kontak rapat dikenal pasti
Mangsa yang positif kategori dua itu telah diasingkan di wad isolasi Hospital Baling.
COVID-19: Pesakit kontak rapat dijangka meningkat di Sabah
Peratusan pesakit kontak rapat COVID-19 dijangka bertambah setiap hari di Sabah sekiranya lebih ramai orang terdedah kepada pembawa virus berbahaya itu.
Ujian saringan antigen, NAT dijalankan di seluruh Shanghai
Sejumlah 92,405 kontak rapat pesakit COVID-19 telah diperiksa dan dikuarantin dengan 89,805 daripadanya didapati negatif.
MySejahtera tidak lagi penuhi fungsi asal - MMA
Fungsi utama aplikasi itu sebelum ini adalah untuk tujuan pengesanan kontak rapat tetapi kini mungkin sudah tidak berkesan.
Maybank TTDI ditutup sementara, kakitangan kontak rapat COVID-19
Sebagai langkah berjaga-jaga, kami terus menutup cawangan ini termasuk Terminal Layan Diri (SST) untuk menjalankan proses pembersihan yang rapi serta sanitasi.
Kontak rapat tidak perlu kuarantin jika sudah dapat dos penggalak
Protokol pengurusan kontak rapat yang baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Mac nanti.
COVID: Jangkitan sporadik, ketidakpatuhan SOP punca Sabah catat kes harian tertinggi
62.43 peratus atau 3,474 kes daripada jumlah kes harian itu berpunca daripada kes jangkitan sporadik yang berlaku dalam komuniti.