NEW YORK: Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak tuberkulosis (TB) boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
Agensi PBB itu menegaskan bahawa pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB, merupakan langkah yang berkos efektif, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Langkah itu mampu mengurangkan 35 kematian dalam kalangan kontak pesakit dan penghidap HIV dalam tempoh 12 tahun akan datang.
Kajian bersama UNITAID, Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat dan Institut Aurum itu mendapati strategi ini boleh menyelamatkan 850,000 nyawa menjelang 2035, yang kebanyakannya mungkin dalam kalangan kanak-kanak memandangkan kadar identifikasi rendah semasa bagi yang berumur di bawah 15 tahun.
Menurut kajian itu, kegagalan untuk melaksanakan gabungan intervensi ini akan mengakibatkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
"Pada masa ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang didiagnosis dengan TB tidak mendapat rawatan mengakibat banyak nyawa terkorban," kata ahli fakulti di Johns Hopkins, Tess Ryckman.
TB kekal sebagai penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia walaupun ia boleh dicegah dan disembuhkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia dijangkiti TB dan berisiko menyebarkan penyakit aktif, menyebabkan penyakit yang teruk.
Selepas beberapa siri rundingan yang diketuai oleh UNITAID, kos rawatan berkurangan lebih 70 peratus sejak 2017, menjadikan penyakit itu lebih mudah dicegah dan diubati.
Selain kos berpatutan, rejimen rawatan baharu yang lebih pendek bermakna jangkitan TB boleh disekat, sebelum berkembang menjadi penyakit aktif, menurut UNITAID.
Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap TB.
Sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB kedua mengenai TB pada September ini, UNITAID menggesa komitmen dan sokongan kewangan segera dalam pencegahan penyakit dan kematian akibat TB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
![Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648192654_xray.jpg)
Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap TB. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
![Jepun longgar peraturan visa pelancong China Jepun longgar peraturan visa pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735130002_TBCHINAJAPAN.jpg)
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Senarai calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung Jan
Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
![Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648192654_xray.jpg)
Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB
UNITAID menegaskan kepentingan pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB.
![ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617221582_cough.jpg)
ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM
Negara anggota ASEAN (AMS) perlu memperhebat sokongan kewangan untuk membawa diognastik, ubat dan regimen ubat, serta vaksin baharu ke dalam pasaran bagi melawan penyakit batuk kering (TB).
![Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81538010793_menterikesihatan.jpg)
Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.
![Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492589205_cough.jpg)
Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.
![Semua pekerja asing diwajibkan jalani pemeriksaan- Richard Riot Semua pekerja asing diwajibkan jalani pemeriksaan- Richard Riot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51372243997_295x200.jpg)
Semua pekerja asing diwajibkan jalani pemeriksaan- Richard Riot
Pekerja asing diwajibkan menjalani proses pemeriksaan, khususnya berkaitan kesihatan, kata Menteri Sumber Manusia.