Dua pelajar pra siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang didapati positif Tuberkulosis (TB) dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk saringan dan sudah pun dibenarkan kembali ke universiti bagi meneruskan pengajian.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM Prof Dr Durrishah Idrus berkata kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.
"Bagi memastikan tiada pelajar lain dijangkiti penyakit berkenaan, Pusat Kesihatan UTM akan mengadakan saringan terhadap mereka yang berhubung secara rapat dengan pesakit terutama di fakulti dan rakan sebilik.
"Pada masa sama, UTM juga akan mengambil langkah proaktif dengan menjalankan saringan terhadap semua pelajar supaya mereka tidak menghidap sebarang penyakit yang boleh berjangkit," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Durrishah berkata sehubungan itu, ibu bapa penuntut universiti tidak perlu bimbang kerana pesakit TB akan sembuh dengan mengambil ubat secara berterusan dan pengawasan secara dekat oleh Pusat Kesihatan UTM.
Beliau berkata penuntut yang batuk berkahak lebih dua minggu dan demam terutama pada sebelah malam dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan UTM.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat dilaporkan berkata Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan ujian saringan penyakit TB di UTM minggu depan susulan dua pelajar perempuannya yang dikesan menghidapi penyakit berkenaan.
Pelajar yang dijangkiti itu berumur 20 dan 22 tahun dan berikutan itu, ujian saringan akan dibuat di sebuah kelas pelajar berkenaan serta dua asrama iaitu Kolej Tun Fatimah dan Kolej Perdana, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Penuntut yang batuk berkahak lebih dua minggu dan demam terutama pada sebelah malam dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan UTM. - Gambar hiasan
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
PABM mahu kerajaan beri keutamaan sewajarnya kepada atlet angkat berat
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat, mahu atlet angkat berat negara diberikan keutamaan sewajarnya oleh kerajaan.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.
Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.
Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.
Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.
Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.
Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.