Konsert artis antarabangsa Richard Marx tetap berlangsung seperti dijadualkan walaupun terdapat ancaman bom di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Jalan Pinang hari ini.
Ia susulan berita mengenai penemuan bungkusan mencurigakan di luar kawasan Aquaria KLCC yang tersebar sejak jam 5.15 petang tadi.
Serentak dengan itu juga, orang ramai telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar atas faktor keselamatan.
Hasil siasatan polis kemudiannya telah menemui dua botol menyerupai balang yang kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa tidak mengandungi bahan letupan.
Katanya, botol terbabit sebenarnya merupakan bahan uji kaji sekumpulan pelajar yang ditinggalkan selepas mengunjungi Petrosains dan membuat projek sains menggunakan botol terbabit.
Polis juga telah mengesan kumpulan pelajar berkenaan bagi merakam percakapan mereka.
Kedua-dua balang berkenaan kemudiannya telah dibawa ke tempat yang selamat untuk diletupkan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah dalam satu kenyataan berkata objek berkenaan ditemui pada 5.15 petang tadi oleh seorang tukang cuci.
Menurutnya tukang cuci terbabit memaklumkan kepada pihak keselamatan Aquaria KLCC pada 5.30 petang.
"Kami yang menerima laporan tentang objek berkenaan bergegas ke lokasi kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) serta Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata UPB telah memusnahkan objek itu kira-kira 8 malam dengan menggunakan robot UPB.
Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan Twitternya turut mengesahkan bahawa dua balang berkenaan bukannya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yang ditinggalkan pelajar, selepas melawat Petrosains KLCC.
Menurutnya, uji kaji lampu dalam botol berkenaan dinamakan sebagai STARLAB, diberikan Petrosains sebagai cenderahati, dalam satu lawatan murid-murid dari sebuah sekolah di Bukit Beruntung.
Jurucakap Universal Music turut mengesahkan konsert Richard Marx berlangsung seperti biasa dan bermula kira-kira 8.40 malam, walaupun terdapat ancaman berkenaan.
Konsert 'Richard Marx - The Solo Tour :Live In Concert', dianjurkan oleh Midas Promotions dengan kerjasama bersama Fat Boys.
Kali terakhir Marx membuat persembahan di Malaysia adalah di Konsert Setia Super, di Johor Bahru pada tahun 2013.
Pihak pengurusan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu turut mengesahkan dua objek yang tidak dikenal pasti telah ditinggalkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legarnya.
Dalam satu kenyataan, KLCC berkata pihak berkuasa berkaitan telah dihubungi dengan kadar segera dan orang ramai telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar berkenaan atas faktor keselamatan.
Astro Awani
Wed Mar 09 2016
Menurut Polis Kuala Lumpur, orang ramai diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar atas faktor keselamatan - Gambar fail
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Karnival Kerjaya Wanita MyFutureJobs Perkeso 2024 tawar 10,000 peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh lebih 50 majikan pada karnival yang sedang berlangsung bermula 14 hingga 16 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
#mydigitalmaker Fair 2017 pacu Malaysia dalam era digital
#mydigitalmaker Fair 2017 yang dianjurkan bersama Festival Sains Petrosains 2017, diterajui MDEC boleh memacu Malaysia ke hadapan dalam era digital.
Konsert Richard Marx diteruskan walaupun terdapat ancaman bom di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Menurut Polis Kuala Lumpur, orang ramai diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar atas faktor keselamatan.