KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,000 jawatan kosong ditawarkan kepada mana-mana individu yang masih mencari peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2024.
Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh lebih 50 majikan pada karnival yang sedang berlangsung bermula 14 hingga 16 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
"Pelbagai calon majikan termasuk pemain industri utama seperti RHB, HSBC, UOA Group, DHL, CoOpbank Pertama, HABIB Group dan banyak lagi menyertai karnival kali ini untuk mencari bakat baharu bagi mengisi peluang pekerjaan.
"... pelbagai peringkat jawatan bermula daripada kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke ijazah sarjana ditawarkan dengan anggaran 60 peratus jawatan adalah kumpulan eksekutif," menurut kenyataan itu.
Selain itu Perkeso turut memaklumkan pencari kerja yang belum pasti dengan hala tuju kerjaya yang diidamkan juga digalakkan hadir kerana agensi itu menerusi portal pekerjaan rasmi negara MYFutureJobs turut menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerjaya.
"Antaranya sesi kaunseling kerjaya, teknik penyediaan resume, khidmat padanan pekerjaan, taklimat kebolehpasaran serta yang menarik untuk karnival kali ini adalah tawaran waktu bekerja fleksible dengan gaji berpatutan turut sedia untuk diisi buat pencari kerja yang hadir.
"Selain karnival kerjaya terdapat juga aktiviti menarik lain yang boleh disertai dalam karnival yang berlangsung sempena sambutan Hari Wanita, seperti taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), pameran agensi kerajaan dan penyedia latihan serta pemeriksaan kesihatan percuma," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan rekod perangkaan Perkeso dari 2020 hingga 29 Feb lepas mencatatkan sebanyak 2,547,724 pencari kerja telah berdaftar di portal MYFutureJobs dengan sekitar 52.21 peratus (1,330,580) pencari kerja adalah wanita.
Menurut Perkeso dalam tempoh sama sebanyak 1,016,583 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan dengan sekitar 47.62 peratus (484,088) merupakan pencari kerja wanita.
Dalam pada itu orang ramai boleh melayari www.myfuturejobs.gov.my untuk carian pekerjaan secara dalam talian serta percuma atau hadir ke karnival kerjaya MYFutureJobs dengan mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.
Bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, mereka juga boleh layari www.myfuturejobs.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh lebih 50 majikan pada karnival yang sedang berlangsung bermula 14 hingga 16 Mac di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). -Bernama
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.