Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian berkonsepkan 'Uber' untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata platform itu akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka selepas ini.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan ujian makmal seperti ujian darah, perkhidmatan pesakit luar bukan kecemasan, perkhidmatan penjagaan luka yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang, katanya.
"Ini merupakan uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM yang bertujuan memantapkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan," katanya pada majlis amanat Menteri Kesihatan bagi warga KKM di kementerian itu di sini hari ini. Majlis tersebut turut dipancarkan secara langsung ke semua Jabatan Kesihatan negeri.
Difahamkan, konsep tersebut dipertimbangkan kerana KKM menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menjalani rawatan bulanan di rumah.
Dr Adham berkata caj bayaran akan bergantung pada jenis perkhidmatan yang diberikan serta jarak pejabat pengamal perubatan ke rumah pesakit.
Beliau berkata uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM merupakan antara tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional Malaysia Sihat Bagi Memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat.
"KKM sedang dalam proses merangka dan meneliti perkara-perkara berkaitan perniagaan teras dan pengurusan kementerian melalui satu dokumen atau pelan yang diistilahkan sebagai 'New Deals' KKM atau Tawaran Baharu KKM untuk diguna pakai sebagai hala tuju," katanya.
Antara yang disenaraikan di bawah tawaran baharu KKM ialah pendigitalan perkhidmatan jagaan kesihatan, penyumberluaran perkhidmatan kesihatan, pengukuhan kesiapsiagaan terhadap wabak, bencana alam sekitar dan kecemasan perubatan serta pengukuhan sistem pembiayaan kesihatan, katanya.
Ketika berucap, Dr Adham merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, barisan pegawainya dan petugas barisan hadapan yang komited menangani wabak COVID-19 untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
"Anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat tanpa mengira lelah demi kesejahteraan negara sehingga berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 07 2020

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata platform itu akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka selepas ini. -Foto BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pahang, Pulau Pinang tidak akan kembali ke PKP Fasa 1 - Dr Adham
Kerajaan memutuskan Pahang dan Pulau Pinang kekal berada di Fasa 2 dan tidak akan kembali ke Fasa 1.

Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 421,479, tertinggi pernah direkodkan
Pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

Vaksin COVID-19: 291,217 dos suntikan direkodkan pada 11 Julai - JKJAV
Kadar vaksinasi harian COVID-19 dalam negara menunjukkan sedikit penurunan pada 11 Julai dengan 291,217 dos.

732,911 individu terima dos kedua vaksin COVID-19 setakat Sabtu
Sejumlah 732,911 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Sabtu.

73,710 dos vaksin COVID-19 selamat tiba di Johor Bahru
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyambut ketibaan vaksin di Tambak Johor bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

KKM rekod peningkatan jumlah kumulatif ujian saringan COVID-19 - Dr Adham
Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, peningkatan ini dilihat dari ujian RT-PCR yang dicatat bermula tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KKM sedia serap kakitangan kontrak kepada jawatan tetap
KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini.

Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.

Buka sempadan perkara terakhir bakal dilaksana kerajaan dalam usaha perangi COVID-19
Pembukaan pintu sempadan akan menjadi perkara terakhir dilaksanakan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan memastikan trend jangkitan kes import terus berkurangan dalam negara.