KUALA LUMPUR: Satu Komuniti Media MADANI akan dibentuk yang merangkumi jentera parti-parti penyokong kerajaan, bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu digerakkan memandangkan sejak kebelakangan ini terdapat pihak tertentu yang mahu menenggelamkan usaha-usaha dan ikhtiar kerajaan secara tersusun terutamanya menerusi pelbagai saluran media sosial.
"Antara tujuan dan matlamat kita bentuk Komuniti Media MADANI ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalin hubungan yang erat sesama kita.
"Dengan hubungan yang erat itu, lebih banyak maklumat dapat kita sampaikan di samping kita boleh dengan mudah 'cross check' beberapa perkara dan lebih pantas kita respon kepada perkara ini," katanya ketika berucap di Forum Belanjawan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) malam ini.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik Kerajaan Perpaduan berkata serangan di media sosial terhadap kerajaan datang dari pelbagai saluran dan berlaku pada bila-bila masa.
Justeru katanya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah melakukan beberapa perkara bagi menangani perkara itu termasuk memanggil pengendali platform media sosial yang selama ini enggan memberi kerjasama dengan kerajaan.
"Tujuannya bukan untuk menekan atau menzalimi sesiapa, tetapi kita ingin pastikan kebebasan media itu wujud, kebebasan suara itu ada dan dapat dinikmati, tapi bukan kebebasan menyebar fitnah, buruk sangka yang tidak berasas," katanya.
Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said di dalam ucapannya berkata Komuniti Media MADANI diwujudkan sebagai satu platform penggerak parti mendapatkan info terkini dan sahih mengenai kerajaan MADANI.
"Komuniti media MADANI yang kita ingin wujudkan di peringkat-peringkat negeri ini, kita nak supaya jentera kita dapat maklumat yang paling sahih untuk kita salurkan bagi atasi persepsi politik yang salah.
"Penting untuk mendapatkan berita atau maklumat yang sahih kerana ada beberapa maklumat berat sebelah dan boleh mengelirukan rakyat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Fahmi berkata inisiatif itu digerakkan memandangkan sejak kebelakangan ini terdapat pihak tertentu yang mahu menenggelamkan usaha-usaha dan ikhtiar kerajaan secara tersusun terutamanya menerusi pelbagai saluran media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Komuniti Media MADANI dibentuk untuk pastikan maklumat sahih kerajaan disebar kepada rakyat
Ia bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat.