Komuniti di setiap kawasan digalak mewujudkan 'Rakan Taman' untuk melaksanakan kerja sukarelawan bagi menyelenggara dan melakukan pembaikan kecil fasiliti serta kemudahan landskap di taman awam.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata setakat ini pihaknya melalui Jabatan Landskap Negara dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mewujudkan 228 'Rakan Taman' di seluruh negara.
"Mengikut rekod Jabatan Landskap Negara, 2,503 daripada 5,811 taman awam di seluruh negara perlu diselenggara supaya dapat digunakan dengan lebih selamat oleh masyarakat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran sambutan Hari Landskap Negara 2017 peringkat kebangsaan di Taman Tasik Kamunting di sini, yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Selain itu, Noh berkata Rakan Taman juga mampu menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menzahirkan sifat sayang kepada entiti landskap di sekitar mereka.
"Jika kita dapat mengerakkan Rakan Taman dalam kalangan komuniti setempat di taman-taman berkenaan, adalah dianggarkan ia akan dapat meningkatkan akses kemudahan rekreasi kepada lebih 7 juta orang," katanya.
Menurut Noh, bagi penduduk bandar, Rakan Taman juga dapat dijadikan platform mengalakkan masyarakat melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk pertanian bandar dan persekitaran mereka.
Dalam pada itu, Noh berkata Jabatan Landskap Negara sedang melaksanakan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 di Perak.
Ini termasuk Pembangunan Landskap Dataran Bagan Datuk; Taman Awam Baru di Tasik Temoh, Tapah; Taman Rimba Bandar Proton, Tanjung Malim dan Taman Botani, Kamunting dengan nilai keseluruhan kira-kira RM31.01 juta, katanya.
Mengenai sambutan Hari Landskap bertemakan 'Gerakan Rakan Taman Untuk Kesejahteraan Penduduk Bandar', Noh berkata ia disambut lebih 100 Rakan Taman secara serentak di seluruh negara.
"Dianggarkan hampir 10,000 orang kini berada di taman-taman awam dan taman-taman kejiranan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk gotong-royong sambil beriadah," katanya yang kemudian mengiringi Zambry melancarkan Projek Perumahan Rakyat Kamunting di lokasi sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2017

Noh (tiga, kiri) bersama Zambry (lima, kiri) melihat model PPR Kamunting pada majlis pra-pelancarannya sempena Hari Landskap Negara 2017 di Taman Tasik Kamunting hari ini, 2 April 2017. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Polis buru pihak bertanggungjawab panah monyet, biawak
Saksi yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai pelaku kejadian ini boleh menghubungi polis di talian hotline 03-8888 2010 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Brickfields, 03-2297 9222.

Taman Rimba Kiara masih dibuka kepada orang ramai - Annuar Musa
Tindakan diambil oleh pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menandakan sempadan perundangan.

Komuniti digalak wujud 'Rakan Taman' selenggara taman awam
Setakat ini pihaknya melalui Jabatan Landskap Negara dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mewujudkan 228 'Rakan Taman' di seluruh negara.