ALOR SETAR: Kompleks Pekan Rabu, di sini, ditutup selama tiga hari bermula Ahad sebagai langkah pencegahan untuk mengekang penularan COVID-19.
Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa berkata, penutupan kompleks perniagaan ini bermula 16 hingga 18 Mei untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi bangunan secara keseluruhan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, penutupan kompleks berkenaan bukanlah dibuat disebabkan jangkitan dalam kalangan peniaga.
"Dakwaan bahawa Pekan Rabu ditutup disebabkan ada jangkitan dalam kalangan peniaga hanya salah faham dan khabar angin.
"Kita tutup untuk sanitasi selepas mendapati ada beberapa pengunjung dikhuatiri memakai gelang merah jambu cuba memasuki premis," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Ridhuwan berkata, walaupun pengunjung berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Pekan Rabu dan belum disahkan dijangkiti virus, namun warga Pekan Rabu mengambil langkah berjaga-jaga.
Sehubungan itu, katanya, kompleks peniagaan ini ditutup atas inisiatif warga Pekan Rabu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung ke Pekan Rabu," katanya.
Menurut Ridhuwan, beliau meminta pengunjung tidak bimbang berikutan pihaknya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan penutupan kompleks perniagaan berkenaan hanyalah untuk proses sanitasi semata-mata.
Artikel asal di Sinar Harian: Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari
Sinar Harian
Mon May 17 2021

Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar ditutup tiga hari untuk kerja-kerja sanitasi bangunan berkenaan. -Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari
Penutupan kompleks perniagaan ini bermula 16 hingga 18 Mei untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi bangunan secara keseluruhan.

Khemah Bazar Aidilfitri Pekan Rabu Langkawi terbakar
Kebakaran melibatkan empat buah khemah berukuran 20 X 20. Dua buah khemah melibatkan peralatan perniagaan dan dua khemah kosong.

Peniaga Pekan Rabu mula jual barang secara online
Peniaga-peniaga ambil inisiatif gerakkan perniagaan secara dalam talian termasuk mewujudkan Pekan Rabu Store dan beberapa platform lain.

Hari pertama PKP 2.0 di Kedah, bandaraya Alor Setar lengang
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.

PKPP: Hilang duka, Pekan Rabu kembali ceria
Masih dalam mood sambutan Aidilfitri, PKP Pemulihan (PKPP) memberi peluang kepada warga kota untuk pulang ke kampung, seterusnya membolehkan mereka berkunjung ke kompleks yang terkenal ini.

Kepayahan hidup bina kekentalan Dr Mahathir
Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Dr Mahathir Mohamad cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran

Jualan kuih Raya di Pekan Rabu suram
Tidak ramai yang mengetahui Pekan Rabu, Alor Setar telah beroperasi di lokasi asal selepas tapaknya dibina semula.

Dr M buat kejutan di Pekan Rabu
Selain membeli songkok, Dr Mahathir turut membuat tempahan baju Melayu di premis bersebelahan dan membeli pelbagai jenis kuih raya di gerai tingkat dua bangunan berkenaan.

Pekan Rabu perlu pelbagaikan perniagaan - Tun Mahathir
Ketika lawatannya ke Pekan Rabu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati lebih banyak peniaga dari dahulu tetapi ramai menjual produk yang sama.

Nilai sentimental Pekan Rabu jadi tarikan pengunjung
Ada nilai sentimental - itulah sebenarnya daya tarikan pengunjung setia Pekan Rabu Alor Setar setiap kali menjelang hari raya.