Komen penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang berkata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi Sultan, telah mengundang pelbagai reaksi negatif dari pengguna media sosial.

Kebanyakan orang berkata komen itu amat memalukan dan tidak masuk akal.

Berikut antara komen yang telah tersebar di laman media sosial.









Mohd Hafarizam Harun dipetik berkata kepada, The New Straits Times (NST) bahawa walaupun tiada halangan jantina di bawah Undang-Undang Tubuh Selangor, terdapat kebimbangan dalam memilih wanita sebagai Menteri Besar.

“Ini kerana seorang Menteri Besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi Sultan dalam acara keagamaan.

“Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi Menteri Besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” kata Mohd Hafarizam.

Artikel 51(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan Menteri Besar perlu dilantik dari kalangan Melayu dan beragama Islam.