IPOH: Seramai 1,730 orang remaja perempuan di negeri ini menghadapi masalah kemiskinan haid, yang merujuk kepada maksud tidak mampu memiliki tuala wanita akibat faktor kewangan.
Masalah kemiskinan haid ini tidak wajar dianggap sebagai isu tabu susulan ia mengganggu aktiviti harian mereka yang terbabit, selain menyebabkan para pelajar ini berdepan situasi keciciran sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid seperti kekangan akses untuk mendapatkan bekalan tuala wanita dan kebersihan serta fasiliti untuk wanita menukar tuala wanita.
"Aspek itu termasuk halangan infrastruktur dari segi penyediaan air bersih, isu privasi dan tempat buangan tuala wanita, kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan haid dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif.
"Kajian yang lebih tepat sedang dikumpul oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri bersama Sekretariat Wanita Perak.
"Ia melibatkan pelbagai jaringan rakan strategik kolaborasi daripada agensi kerajaan, swasta dan NGO terutamanya menerusi sekolah- sekolah, agar faktor yang menyumbang kepada kemiskinan haid dapat dikaji dan memberi langkah terbaik untuk jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini pada Jumaat.
Dr Wan Norashikin berkata antara langkah awal yang diambil ialah LPPKN melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif melalui Program Advokasi KafeTEEN@PIK dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia bagi menyebarkan maklumat pengurusan haid kepada 576 peserta perempuan di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan sasaran umur 8 tahun hingga 24 tahun yang diadakan secara dalam talian (webinar).
Katanya, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak) juga menganjurkan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual melibatkan 12 siri webinar.
Jelasnya lagi kerajaan negeri bersama Sekretariat Wanita Perak merancang menganjurkan program pemberian Kit Asas Kebersihan Wanita bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran, kekurangan atau ketiadaan untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita.
"Inisiatif ini untuk memperkasa remaja wanita terutamanya golongan B40 sama ada dalam atau luar bandar serta masyarakat Orang Asli, agar meningkatkan ilmu pendidikan dan advokasi kesihatan reproduktif semasa haid agar lebih yakin dan mengurangkan tekanan dikalangan remaja," katanya.
Sementara itu, ADUN Trong Jamilah Zakaria turut bertanyakan soalan tambahan tentang kesedaran ibu bapa berhubung isu tersebut, selain menyentuh topik haid yang masih dianggap tabu dalam masyarakat.
"Kemungkinan besar ia (haid) merupakan perkara yang masih tabu dalam masyarakat, jadi bagaimana kita nak mendidik agar keluarga tersebut boleh bincangkan perkara ini secara bersama.
"Sekarang zaman dah lain, jadi perkara ini perlu lebih terbuka dan kita bawa perbincangan dalam keluarga," kata Jamilah.
Dr Wan Norashikin turut bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan menyediakan tuala wanita yang lebih mesra alam serta berkos rendah.
"Cadangan yang dibawa YB Trong itu memang sangat baik, kita mendapati tuala wanita mesra alam dan kitar semula sangat baik serta praktikal.
"Kerajaan negeri akan melihat peluang ini untuk menggunakan skil wanita untuk mencipta peluang perniagaan untuk diusahakan dalam menghasilkan pad kitar semula, boleh dicuci dan dipakai semula," katanya.
Aida Aziz
Fri Dec 17 2021
![Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639712282_WanNorashikin.jpg)
Wan Norashikin berkata antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid seperti kekangan akses untuk mendapatkan bekalan tuala wanita. - Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716943524_tbjemaahhajiMalays.jpg)
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
![Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light' Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664463758_CharlesHay.jpg)
Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light'
Anja Juliah menerima sijil yang ditandatangani mendiang Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel sebelum pemergiannya.
![Haid: Pendidikan penting untuk semua jantina Haid: Pendidikan penting untuk semua jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/41455951853_tamponperiod.jpg)
Haid: Pendidikan penting untuk semua jantina
Seorang daripada dua remaja perempuan ingin ponteng sekolah apabila mereka datang haid, menunjukkan haid masih menjadi halangan mental untuk melakukan aktivit harian.
![Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639712282_WanNorashikin.jpg)
Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid
Masalah kemiskinan haid ini tidak wajar dianggap sebagai isu taboo susulan ia mengganggu aktiviti harian mereka yang terbabit.
![Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634616984_pelajarperempuans.jpg)
Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar
Ada pelajar perempuan di negara ini sanggup ponteng sekolah semata-mata kerana tidak selesa dan malu kerana tidak mampu membeli tuala wanita.
![Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624167156_RadziJidin.jpg)
Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan
Jawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes tersebut malah kes-kes berkaitan pada masa akan datang.
![KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25 KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619434283_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.
!['Pemeriksaan datang bulan' satu bentuk gangguan seksual - Pakar psikologi 'Pemeriksaan datang bulan' satu bentuk gangguan seksual - Pakar psikologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41612073891_ProfesorDatinDrMa.jpg)
'Pemeriksaan datang bulan' satu bentuk gangguan seksual - Pakar psikologi
Ini kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan.
!['Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina 'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619164399_DatukSeriRinaMohd.jpg)
'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia.
![Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549642833_PeriodEmoji.jpg)
Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar
Emoji datang bulan akan dilancarkan tidak lama lagi, selepas kempen mengenainya menggunakan hashtag #PeriodEmoji giat dijalankan