UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[KOLUMNIS] PdPR: Perlu alternatif baharu

Kedegilan kita untuk mendengar nasihat pakar dan kedegilan untuk terus menggunakan kaedah yang gagal hanya akan menzalimi masa depan negara dan juga rakyat.

Dr Maszlee Malik
Sat Jul 10 2021
[KOLUMNIS] PdPR: Perlu alternatif baharu
Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia masih belum mampu melakukan PdPR secara dalam talian kerana faktor capaian internet dan juga pemilikan peranti. -Gambar fail
SAYA ingin merujuk kepada tulisan Dr Anuar Ahmad dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah beliau muatkan di ruang FB beliau bertarikh 7/7/2021, bertajuk “PDPR: Dasar pendidikan yang gagal?

Beliau telah mengatakan bahawa pendekatan PdPR yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekarang ini telah gagal dan bakal mendatangkan kesan kepada keciciran lebih ramai murid, dan juga akan menyebabkan kesenjangan pendidikan di kalangan anak-anak di kala PKP.

Di dalam tulisan beliau, Dr Anuar telah merujuk kepada laporan OECD berkaitan pendekatan negara-negara berbeza di dalam meneruskan pendidikan anak-anak di kala wabak COVID-19 melanda.

Berdasarkan laporan OECD yang diterbitkan pada April 2021, kajian pakar-pakar pendidikan di OECD menunjukkan tiga kaedah PdPR yang paling baik dan dipilih oleh kebanyakan negara dunia sepanjang tempoh sesi persekolahan ditutup di negara masing-masing.

Tiga kaedah tersebut ialah:

1) Pembelajaran dalam talian (online);
2) Edaran nota atau lembaran kerja; dan
3) TV Pendidikan.

Di samping itu, kajian itu juga menunjukkan terdapat beberapa kaedah lain yang telah digunakan seperti radio pendidikan, telefon bimbit dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun tahap keberkesanan pendekatan selain dari ketiga-ketiga yang disebutkan awal tadi adalah lebih rendah dan kurang menjadi pilihan kebanyakan negara di dunia.

Antara tiga kaedah tersebut, pembelajaran dalam talian merupakan kaedah yang paling baik dan menjadi pilihan utama kebanyakan negara.

Namun, keberkesanan pembelajaran dalam talian bagi anak-anak sekolah di negara-negara tersebut adalah bergantung kepada dua syarat utama dulu iaitu:

1) Capaian internet berkualiti untuk semua guru dan murid-murid; dan
2) Murid-murid memiliki peranti untuk mengikuti kelas-kelas dalam talian.

Tanpa kedua-dua syarat ini dipenuhi, maka kaedah pembelajaran dalam talian tidak akan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberikan impak penuh di dalam sistem pendidikan sesebuah negara, dan hanya boleh digunakan sebagai kaedah sampingan atau bantuan pembelajaran sahaja.

Laporan ini merupakan hasil kajian dan juga cadangan dari para pakar pendidikan dari OECD.

Mereka menitikberatkan isu ketaksamaan pendidikan yang impaknya akan membawa kepada jurang pendidikan antara kumpulan murid-murid -- sama ada di antara yang memiliki kemudahan pembelajaran dengan yang tidak memiliki; di antara yang kaya dengan yang miskin; dan di antara yang tinggal di bandar dengan yang tinggal di luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Hal ini akan menyebabkan kesan jangka panjang dari segi ekonomi dan jurang pendapatan di masa hadapan bagi sesebuah negara.

Maka, mereka mencadangkan agar mana-mana negara yang tidak mampu penuhi kedua-dua syarat tersebut, boleh meneruskan PdPR melalui usaha para guru dan pihak sekolah, iaitu dengan cara mengedarkan nota edaran seperti modul atau lembaran/ buku kerja.

Pelajar-pelajar boleh belajar dengan panduan manual/modul pembelajaran dan kemudian membuat latihan. Seterusnya latihan itu akan diserahkan pada guru untuk tujuan penilaian.

Sebagai sokongan, penggunaan telefon digalakkan untuk murid-murid bertanya soalan pada guru melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram.

Pendekatan ini telah banyak diusahakan oleh sesetengah guru di Malaysia di atas inisiatif sendiri, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Bagi negara yang mempunyai kesukaran akses fizikal seperti jarak sekolah dan rumah murid-murid jauh atau terpaksa menggunakan jalan sungai atau pedalaman, maka OECD mencadangkan kaedah ketiga iaitu TV dan Radio Pendidikan.

Inilah tiga pendekatan PdPR yang diamalkan oleh banyak negara di dunia bergantung pada keupayaan negara masing-masing.


PdPR di Malaysia

Di Malaysia pula, menurut kajian KPM yang telah dijalankan pada 18 April 2020, data menunjukkan bahawa 36.9 peratus murid-murid tidak mempunyai peranti langsung, sekali gus menyukarkan mereka untuk mengikuti kelas dalam talian.

Jumlah ini bersamaan dengan 1.85 juta murid-murid di seluruh negara. Manakala 90 peratus pula murid-murid tidak mempunyai peranti peribadi, untuk mereka gunakan sendiri.

Mereka sama ada berkongsi menggunakan peranti milik ibu bapa ataupun berkongsi dengan adik-beradik yang lain secara bergilir.

Hal inilah yang telah menyebabkan ramai di antara anak-anak di rumah tidak dapat mengikuti kelas dalam talian sepanjang PdPR dilaksanakan.

Apa yang lebih merumitkan lagi keadaan ialah isu capaian (akses) internet yang rendah dan kelajuan (speed) internet yang lemah juga menyebabkan sebahagian besar anak-anak khususnya di luar bandar dan pedalaman tidak dapat menjalankan PdPR secara dalam talian.

Selain kajian KPM pada April 2020, kajian oleh NUTP dan kajian oleh pasukan Fakulti Pendidikan UKM juga membuktikan majoriti ibubapa dan guru-guru tidak bersedia untuk melaksanakan PdPR secara dalam talian.

Berdasarkan data kajian ini, ternyata Malaysia adalah sebuah negara yang tidak sesuai menggunakan kaedah dalam talian (online) sebagai kaedah utama PdPR secara menyeluruh.

Berlatarkan kepada kajian OECD, NUTP dan UKM, sebenarnya KPM tidak boleh berterusan 'memaksakan' PdPR secara dalam talian secara pukul rata ke atas semua guru, sekolah dan murid-murid.

Ia hanya akan menyebabkan lebih ramai lagi murid akan keciciran pelajaran jika kaedah pembelajaran dalam talian diteruskan sebagai kaedah utama dalam PdPR.

Berkaitan keadaan ini juga, adalah tidak wajar para guru dan sekolah dipantau oleh PPD dan JPN di atas pelaksanaan PdPR melalui metod dalam talian semata-mata.

Ia hanya akan meluaskan jurang pendidikan, menzalimi anak-anak, menganiaya ibu bapa, dan akan membebankan para guru.

Realitinya, sewaktu PKP 3.0 berjalan, KPM masih meneruskan kaedah PdPR dalam talian sebagai kaedah utama, walaupun kononnya mereka memberikan autonomi kepada sekolah untuk menyesuaikan dengan keadaan.

Hakikatnya KPM telah mengeluarkan jadual PdPR mengikut jadual waktu mata pelajaran dan arahan penyediaan pelaporan kehadiran PdPR murid yang perlu diberikan kepada PPD dan JPN.

Kita juga mendapati bahawa kebanyakan murid-murid yang tidak mempunyai komputer atau komputer riba terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk menggantikan komputer atau komputer riba.

Skrin telefon bimbit yang lebih kecil dan tidak dapat menampung keperluan aktiviti dalam talian hanya akan menjejaskan kualiti pembelajaran anak-anak di samping memberikan kesan terhadap kesihatan mata mereka.

Inilah yang berlaku di seluruh negara.

Malah ada kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan telefon bagi tujuan PdPR ini sebagai menggalakkan lagi kaedah pembelajaran dalam talian.

Hakikatnya, di dalam kajian OECD, penggunaan telefon bimbit untuk tujuan PdPR berada di kedudukan yang keempat, dan bukanlah pilihan utama untuk mengikuti PdPR.

Ternyata penggunaan telefon bimbit ini bukanlah kaedah pilihan kebanyakan negara di dunia.

Menurut kajian tersebut juga, tahap keberkesanannya juga lebih rendah dari edaran nota dan penggunaan TV pendidikan.

Tetapi disebabkan keputusan KPM tidak mengambil kira keadaan masyarakat khususnya kumpulan miskin dan pedalaman, keputusan KPM ini menjadikan PdPR semakin gagal dilaksanakan secara berkesan.

Lebih malang lagi, KPM tidak berkongsi laporan mengenai keberkesanan PdPR dengan masyarakat umum, dan jika dikongsikan pun, data tersebut akan diragui kerana kaedah pelaporan yang diamalkan lebih menjurus kepada menghukum dan memantau guru untuk dihukum.


Solusi

Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia masih belum mampu melakukan PdPR secara dalam talian kerana faktor capaian internet dan juga pemilikan peranti.

Realiti ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh KPM sendiri.

Malangnya, hasil kajian tersebut tidak dijadikan titik tolak kepada KPM untuk bersikap dinamik dan mengambil kira pandangan pakar dan juga laporan OECD dan pelbagai pakar pendidikan antarabangsa yang lain.

Sepatutnya, KPM beralih kepada teknik kedua dan ketiga yang dicadangkan oleh OECD, iaitu melalui edaran nota, manual, lembaran kerja, di samping menggunakan dan TV dan radio secara maksimum.

Seperkara lagi, KPM tidak hanya boleh bergantung kepada TV Pendidikan ‘Didik TV’ yang telah diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk mengendalikannya.

KPM juga perlu bekerjasama dengan RTM untuk mewujudkan TV dan Radio Pendidikan milik kerajaan. TV dan radio pendidikan ini mestilah diselarikan sepenuhnya dalam sistem PdPR.

Perlu diingatkan, pedagogi pembelajaran di kala wabak juga harus berubah. Kurikulum pendidikan juga harus diubah suai.

Guru-guru tidak boleh lagi dipaksa untuk menghabiskan silibus yang terkandung dalam buku teks semata-mata.

Para pelajar harus dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui TV pendidikan dan juga radio pendidikan.

Penghasilan bahan berkualiti tidak boleh lagi dibolot dan dimonopoli oleh satu pihak seperti yang berlaku sekarang.

KPM perlu memberikan peluang yang lebih terbuka untuk kepada banyak syarikat penerbitan menghasilkan program TV Pendidikan kerana ramai antara mereka di ambang gulung tikar.

Mereka perlu bekerjasama dengan pihak Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) milik KPM sendiri.

Maka, teknik edaran modul, TV serta radio Pendidikan adalah asasnya. Manakala mana-mana sekolah yang ada kemampuan secara dalam talian, maka mereka boleh melakukannya sebagai kaedah tambahan.

Walau bagaimanapun, di peringkat kebangsaan, semua guru perlu fokus kepada empat peranan utama mereka semasa PdPR dilaksanakan iaitu:

1) Penyediaan modul edaran nota;
2) Menjawab soalan pelajar melalui telefon bimbit;
3) Memeriksa latihan pelajar dan;
4) Berinteraksi dengan ibubapa melalui medium yang sesuai dan berkesan.


Di samping itu, KPM juga harus mula berbincang dengan JPN dan PPD berkaitan, terutamanya di Sabah dan Sarawak perihal sekolah-sekolah di kawasan pedalaman (terutamanya di kawasan-kawasan P2 dan P3) yang kurang murid untuk diberikan kebenaran beroperasi dengan persetujuan MKN.

Di kala ini, anak-anak di pedalamanlah yang paling teruk menerima dampak wabak. Sudahlah mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran secara atas talian kerana capaian internet yang lemah atau tiada langsung, sekolah pula ditutup walaupun mereka berasa di dalam kawasan hijau tanpa kes COVID-19.

Lebih malang ada di antara sekolah-sekolah kurang murid di pedalaman itu terletak hanya di depan rumah panjang atau rumah-rumah penduduk, tetapi tidak boleh beroperasi kerana Putrajaya memutuskan penutupan sekolah berdasarkan kes-kes di kawasan merah yang beratus baru jauhnya dari mereka.

Mereka inilah yang paling terkesan dan tercicir.

Satu tindakan yang berani mesti dilakukan demi mengelakkan anak-anak ini menjadi kelompok murid cicir di dalam demografi negara.


Kesimpulan

Kesimpulannya, KPM perlu menilai semula keputusan meneruskan kaedah online secara pukal di dalam keadaan ramai murid-murid tidak mampu dan ketinggalan.

Seperti mana yang telah disebutkan sebelum ni, keputusan KPM sekarang hanya akan menyebabkan keciciran pembelajaran terus berlaku khususnya dalam kalangan murid-murid keluarga miskin dan pedalaman.

Penekanan untuk mengadakan kelas dalam talian juga hanya menjadikan tugasan para guru menjadi sangat sukar sehingga ada yang terpaksa mencari sungai dan mendaki bukit semata-mata mendapatkan capaian internet.

Mengapa KPM mahu menyusahkan ibu bapa, guru-guru dan pelajar sedangkan KPM mempunyai pilihan lain yang lebih sesuai dengan persekitaran kita?

Berikan kuasa/autonomi pengajaran kepada pihak sekolah untuk menentukan pendekatan yang terbaik untuk menjalankan PdPR, dan jangan bebankan guru dengan pelaporan berkaitan kelas dalam talian.

Pelaporan yang paling utama sebenarnya ialah pelaporan guru kepada ibu bapa, ataupun komunikasi berterusan di antara guru dengan ibu bapa, dan bagi menengah atas ialah komunikasi guru dengan anak-anak murid itu sendiri.

Demi mengelakkan para guru berterusan dirundungi tekanan dan kemurungan, hentikanlah segala pelaporan bertindan yang dilakukan sekarang ini.

Di dalam keadaan getir dan sulit hari ini, pendekatan bukan konvensional diperlukan demi menyelamatkan pendidikan anak-anak.

Kita tidak boleh bermain dengan masa depan pendidikan anak-anak lagi.

Kedegilan kita untuk mendengar nasihat pakar dan kedegilan untuk terus menggunakan kaedah yang gagal hanya akan menzalimi masa depan negara dan juga rakyat.



* Dr Maszlee Malik ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan juga bekas Menteri Pendidikan.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#PdPR#pendidikan#dasar pendidikan#OECD#Pakar Pendidikan#pembelajaran dalam talian#Edaran nota#lembaran kerja#tv pendidikan
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13

Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13

Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]

Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman

- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini

- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman

- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta

#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin

Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin

Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah

Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah

Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo

Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo

Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini

Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza

WHO kecam serangan hospital di utara Gaza


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.

Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa

Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa

Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.

Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai

UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai

Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan

Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan

Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.

Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau

SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air

Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok

Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR

Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal

Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal

Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor

JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor

Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama

Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama

KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini

Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini

Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.
Lapan beranak tinggal di rumah pusaka usang, bocor

Lapan beranak tinggal di rumah pusaka usang, bocor

Bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.